Sultan Johor titah haramkan Mufti Ismail Menk dan Ustaz Bollywood

Sultan Johor titah haramkan Mufti Ismail Menk dan Ustaz Bollywood

JIKA sebelum ini kerajaan Singapura mengharamkan dua penceramah terkenal, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharin (Ustaz Bollywood) daripada menyampaikan ceramah di negara itu.

Sultan Johor titah haramkan Mufti Ismail Menk dan Ustaz Bollywood
Sultan Johor titah haramkan Mufti Ismail Menk dan Ustaz Bollywood

Kali ini, negeri Johor pula dilaporkan mengambil langkah sama mengharamkan kedua-dua penceramah tersebut. Arahan itu dilapor merupakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.


ARTIKEL MENARIK: Datuk Seri pukul RELA disahkan positif dadah

loading...


"Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum," kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

"Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan," katanya seperti yang dipetik oleh BH hari ini.

Kementerian Dalam Negeri Singapura sebelum ini dalam satu kenyataan mengatakan Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat sempena sambutan perayaan individu berlainan agama.

Ustaz Bollywood pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyeleweng.

http://www.milosuam.net

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post