SPRM cukup bukti siasat 1MDB, kata bekas pegawai agensi anti-rasuah

SPRM cukup bukti siasat 1MDB, kata bekas pegawai agensi anti-rasuah

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), agensi bertanggungjawab mencegah rasuah sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata terdapat bukti cukup untuk SPRM menyiasat penyelewengan dana melibatkan pelaburan 1MDB.

SPRM cukup bukti siasat 1MDB, kata bekas pegawai agensi anti-rasuah
SPRM cukup bukti siasat 1MDB, kata bekas pegawai agensi anti-rasuah

Ramli Manan berkata penyiasat hanya perlu meneliti prosiding mahkamah yang berkaitan 1MDB di Singapura dan laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk membantu mereka.

“Bukti yang ada jelas dan boleh menjadi bantuan besar kepada pegawai SPRM,” kata Ramli yang bersara sebagai pengarah BPR Sabah.

BPR distruktur semula menjadi SPRM pada 2009, di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ramli memberitahu FMT, hanya SPRM mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan siasatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Polis hanya boleh meneliti kesalahan Kanun Keseksaan.”

ARTIKEL MENARIK:

loading...

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang kecewa jawapan di Dewan Rakyat yang SPRM tidak akan menyiasat 1MDB memandangkan polis, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah berbuat demikian.

Ramli berkata SPRM juga mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti pecah amanah, penyalahgunaan harta, kecurian dan pemalsuan.

Menurutnya, SPRM sebagai badan bebas tidak perlu menunggu arahan dari sesiapa untuk memulakan atau menyambung semula siasatannya jika terdapat bukti rasuah.

“Tidak seorang pun, termasuk peguam negara yang merupakan pendakwa raya boleh mengarahkan SPRM menghentikan siasatannya,” katanya.

Di bawah skim perundangan sekarang, SPRM perlu mengemukakan kertas siasatannya kepada pendakwa raya yang mempunyai budi bicara mutlak untuk “memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding bagi kesalahan jenayah”.

Minggu ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dalam jawapan bertulis kepada Pua berkata pihak berkuasa lain yang menyiasat kes itu ialah BNM, polis, dan PAC.


‘Tiada jawapan dari SPRM’

Sementara itu, bekas ketua Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata sejak 2014 beliau memfailkan sekurang-kurangnya 3 laporan terhadap 1MDB kepada SPRM tetapi agensi itu tidak pernah memaklumkan perkembangan siasatan terkini mengenainya.

“Mereka memanggil saya dan mengambil kenyataan yang berlangsung selama berjam-jam, tetapi tiada apa yang berlaku,” kata Khairuddin yang sebaliknya dituduh mensabotaj sistem perbankan dan kewangan tempatan untuk membuat laporan terhadap 1MDB di beberapa negara pada 2014 dan 2015. Turut didakwa bersamanya ialah peguam Matthias Chang.

Mahkamah kemudian membebaskan mereka atas alasan pihak pendakwaan tidak mengemukakan apa-apa bukti yang mengaitkan mereka dengan pertuduhan itu.

Khairuddin mempersoalkan bagaimana SPRM memerangi rasuah apabila agensi itu seolah-olah dikawal dan ditentukan oleh orang yang berkuasa.

Pada 17 Jun, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata agensi itu tidak akan menyiasat 1MDB berhubung penyelewengan dana kerana tidak mahu bertindih dengan penyiasatan yang dimulakan oleh polis.

Pada 15 Jun lalu, DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset AS$540 juta (RM2.3 bilion), termasuk karya seni, barang kemas, kapal layar bernilai AS$165 juta, dan hak kepada 2 filem komedi, semuanya dibayar dengan dana yang didakwa diseludup dari 1MDB.

Saman sitaan itu mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi Leonardo DiCaprio.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post