Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupanya IBU Kepada 3 Orang ANAK! Cantik Persis Model Kacukan

Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupanya IBU Kepada 3 Orang ANAK! Cantik Persis Model Kacukan

Cantiknya dia. Patutlah ramai yang salah anggap ingat dia girlfriend anak lelakinya, tak nampak macam ibu beranak tiga pun. Apalah rahsia yang Puan Yasmi ini amalkan. Boleh tiru!

Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupanya IBU Kepada 3 Orang ANAK! Cantik Persis Model Kacukan
Sering Disangka ‘Girlfriend’, Wanita Ini Rupanya IBU Kepada 3 Orang ANAK! Cantik Persis Model Kacukan

Raut wajah dan gaya Yasmi Abdul Hamid tidak ubah seperti gadis cantik yang baru meniti usia awal 20 tahun. Sudahlah berkulit cerah dan bersusuk tubuh kecil, anak jati Perak ini juga memiliki darah kacukan Pakistan – Jawa. Patutlah cantik, ditambah pula dengan rambutnya yang panjang mengurai. Memang mengancam!

Pertama kali menyapa Yasmi dan mengetahui usia sebenarnya ternyata membuatkan penulis terkedu. Selain menghampiri umur 40 tahun, dia juga merupakan ibu kepada tiga orang anak. Terus terdetik di benak hati, bagaimanalah wanita ini menjaga kesihatan dan kecantikan diri.

ARTIKEL MENARIK: Cerita sebenar gambar viral jenazah timbul

loading...



“Rahsianya, i dont act like my age! Hati kena selalu ‘muda’,” ungkap Yasmi sambil berseloroh.

“Setiap pagi rutin harian saya takkan lengkap tanpa menikmati khasiat sarang burung. Ia adalah produk premium sarang burung walit dari Gua Gomantong, Sabah hasil R&D Jepun yang dikenali sebagai Bi-Su atau dalam bahasa Jepun, beautiful nest. Selain bagus untuk kesihatan dalaman terutamanya bagi wanita berusia, produk ini juga sebahagian perniagaan yang saya usahakan bersama rakan kongsi dari Jepun. Inshallah, ia bakal dipasarkan di Malaysia tahun depan.









Di samping itu, saya turut mengambil vitamin dan suplemen tambahan. Sebagai wanita lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu, kena pentingkan kesihatan, selalu senyum dan gembira serta kekal berfikiran positif. Itu motto hidup yang saya pegang selama ini. Baru muka akan tampak glowing,” ceritanya dalam nada ceria.


Merupakan ibu kepada finalis Hero Remaja 2017, Nabil Aqil yang kini berusia 19 tahun, Yasmi mengakui dia mendirikan rumah tangga pada usia yang sangat muda iaitu selepas tamat pengajian sekolah menengah. Tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut, pengusaha bakeri Mama I Love Food (MILF) ini berkata berkahwin muda ada banyak untungnya. Salah satu kebaikan yang diperoleh, apabila dia dapat melihat anak-anak membesar dan menjaga serta mendidik mereka ketika diri masih kuat dan muda.

Menyentuh tentang kesihatan dan kekuatan stamina, Yasmi yang meminati bidang tarian sejak remaja lagi kerap menghadiri kelas tarian setiap kali punya masa terluang. “Saya memang suka keluarkan peluh dengan menari sebab masa zaman remaja dulu saya merupakan bekas penari. Jadi memang sampai sekarang pun saya akan tetap menari sebagai salah satu senaman untuk stay fit. Kadang-kadang sampai ‘heret’ anak-anak untuk menari bersama. Dan mangsanya sudah tentu Nabil dan dialah yang akan jadi my dance partner.”

Bersyukur dengan kurniaan kesihatan dan kecantikan yang ada pada diri, Yasmi yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha percaya hati yang bersih dan bebas hasad dengki menyerlahkan lagi kecantikan sebenar seseorang wanita.









Tatkala ditanya reaksi dirinya apabila ramai yang menganggap dia teman wanita kepada Nabil setiap kali keluar bersama-sama, Yasmi hanya mampu tersenyum lebar. “Bila keluar bersama ramai yang ingat saya kekasih anak-anak saya. It was so funny tapi bagi saya itu satu penghargaan. Terima kasih. Mungkin cara saya besarkan anak-anak agak berbeza daripada ibu-ibu yang mengenakan cara didikan berprotokol.

Secara jujur, saya lebih suka menjadi kawan baik pada anak-anak, bergurau, kongsi masalah dan cara perbualan pun bersahaja termasuk apabila berada bersama anak perempuan bongsu. Apa yang penting, ketiga-tiga mereka tahu menghormati saya sebagai ibu dan i am a proud mother for how they grow,” akhirinya.



Sumber Nona via beritasteady

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post