“Saya tiada MASALAH dengan mana-mana teman wanitanya” – Bekas Kekasih Fattah

“Saya tiada MASALAH dengan mana-mana teman wanitanya” – Bekas Kekasih Fattah

“FATTAH ada bercerita akan berkahwin tetapi itu saja,” kata kawan baik Fattah Amin, Ezzam Ezzairy.

“Saya tiada MASALAH dengan mana-mana teman wanitanya” – Bekas Kekasih Fattah
“Saya tiada MASALAH dengan mana-mana teman wanitanya” – Bekas Kekasih Fattah

Ezzam yang juga pelakon, berkawan baik dengan Fattah selepas sama-sama menyertai pertandingan Hero Remaja pada 2011.

ARTIKEL MENARIK: Gambar Malam Berinai Izara Mula Tersebar. Berkonsepkan Bollywood. Memang WOW.!!

loading...



Katanya, mereka sangat rapat dan tiada rahsia antara mereka.

“Waktu bertemu dengannya bulan lalu, Fattah ada memaklumkan akan berkahwin tetapi tidak bercerita lebih lanjut. Fattah kata doakan yang baik-baik dan tunggu kad jemputan apabila sampai waktunya.

“Apabila keluar berita mengenai pernikahannya, saya ada menghantar mesej untuk bertanya tapi mesej saya tidak berbalas,” katanya.

Pelakon Bintang Di Kalbu itu mengaku tahu hubungan yang terjalin antara Fattah dan Fazura tetapi tidak pernah masuk campur.

“Saya hanya dengar orang bercakap mengenainya tapi saya tak pernah bertanya secara langsung,” katanya.

Teka teki mengenai pernikahan Fattah dengan Fazura terus menjadi tanda tanya kerana kedua-duanya enggan mengulas mengenai majlis tertutup yang diadakan di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya, pada Selasa lalu.

Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi juga tidak dibenarkan masuk kerana kawalan kepada setiap tetamu yang datang sangat ketat.

Kehadiran keluarga Fattah dan Fazura di majlis itu menguatkan lagi khabar angin mereka bernikah pada malam itu.



Pasangan ini berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah jam 12.10 tengah hari Rabu lalu dan enggan mengulas perkara itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Fattah berjanji akan menjelaskannya dalam sidang akhbar yang akan diadakah selepas mereka pulang nanti pada 23 November.

Sebelum ini, Fattah dan Fazura dikatakan memilih 13 November sebagai hari pertunangan mereka tetapi kedua-duanya memilih untuk mengunci mulut.


Bekas kekasih Fattah, Sherry Ibrahim tumpang gembira jika benar Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang.

“Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik.

“Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing.

“Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia,” katanya.

Sherry lega apabila tiada pihak bertanya mengenai status hubungan Fattah dan Fazura dengannya.

“Memang tiada siapa yang menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan mengenai kesahihan cerita yang tersebar kecuali ada yang beritahu mereka sudah bertunang.

“Sebagai wanita yang pernah rapat dengan Fattah, saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya.

“Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya.



Sumber: HMetro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post