“Saya Pun Nak Tahu Juga” – Idris Khan Nafi Gosip Hamilkan Kekasih Anak Luar Nikah

“Saya Pun Nak Tahu Juga” – Idris Khan Nafi Gosip Hamilkan Kekasih Anak Luar Nikah

Pelakon kacak Idris Khan, 29, menafikan khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan pelakon popular yang didakwa telah menghamilkan kekasih anak luar nikah seperti dilaporkan portal mStar semalam.

“Saya Pun Nak Tahu Juga” – Idris Khan Nafi Gosip Hamilkan Kekasih Anak Luar Nikah
“Saya Pun Nak Tahu Juga” – Idris Khan Nafi Gosip Hamilkan Kekasih Anak Luar Nikah

Dalam laporan tersebut, wanita yang berusia 20-an mendedahkan seorang pelakon popular telah melarikan diri setelah menyedari wanita itu hamil tiga bulan.

Dedah wanita itu lagi, pelakon itu enggan bertanggungjawab atas perkara yang berlaku dan telah diserang kekasih pelakon itu apabila wanita itu cuba menghubunginya.

Spekulasi yang berlegar di media sosial mengaitkan pelbagai nama pelakon popular tempatan termasuk Idris Khan.

ARTIKEL MENARIK: ‘Tapi Kita? Kena Hadap..’ – Fathia Latiff Kecewa Harga Minyak Semakin Naik, Bebankan Rakyat

loading...

Berkesempatan bertemu dengan Idris ketika majlis pelancaran Idealyst Medispa Putrajaya semalam, Astro Gempak meminta pelakon drama bersiri Cik Serba Tahu itu mengulas tentang perkara terbabit.

“Siapa tu? Saya pun nak tahu juga, rasanya kalau betul itu saya memang sudah tak jadi kahwinlah,” ulasnya ringas.

Idris bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan dari Maghbribi, Sanaa Jeljalane, 26, pada 20 Januari 2018.


Sedang rancak menguruskan persiapan perkahwinan, Idris dalam perkembangan lain bakal memulakan perusahaan bisnes jagung bijirin di Pahang pada tahun depan selain menerbitkan filem sulungnya, Gates of Lazuardi tidak lama lagi.

Teks oleh : Amri Hassan

Foto: IG @theidriskhan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!



Sumber : EraViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post