Nampaknya ini satu kenyataan yang agak mengejutkan ramai dari mulut Zul Ariffin sekali.
PANAS…Pendedahan Terbaru Zul Ariffin Tentang Zahirah Macwilson Merungkai Segalanya-Galanya…!!! |
Berbeza dengan kenyataan Zahirah Mcwilson sebelum ini mengenai hubungan mereka, Zul Ariffin memberitahu hubungannya dengan Zahirah sebenarnya sedang goyah.
Hubungannya goyah adalah ketika kontroversi cinta lokasi Zahirah dan Kamal Adli tercetus., bukannya selepas kontroversi melanda.
Ini pendedahan dari Zul Ariffin:
ARTIKEL MENARIK: Anak terima ijazah, Umie Aida bangga jadi ibu sejak usia 20 tahun
loading...
“Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah bergaduh, tidak bercakap selama tiga minggu. Saya hanya mendapat tahu mengenainya apabila Emma menghubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal”
“Saya akui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat. Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat. Saya kesal kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku.
“Ada rakan di lokasi penggambaran memberitahu Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung. Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya untuk menyelesaikannya”
Dengan kontroversi yang timbul, Zul Ariffin menganggap Zahirah Macwilson hanya cuba mencetuskan isu lain sedangkan hubungan mereka sedang berantakan.
Zul berkata sepatutnya teman wanitanya itu menghubunginya untuk memperbaiki keadaan. yang sedang goyah.
Ini pendedahan Zul Ariffin lagi:
“Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain? Dia hanya perlu bersemuka dengan saya. Jika Zahirah mahu berubah, lakukan tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa. Saya tidak akan menyalahkannya,”
Selain itu, Zul Ariffin turut meluahkan rasa terkilan dan terasa hati dengan sikap kekasihnya yang terlalu mengikut hati perasaan hinga mencetuskan isu dan membabitkan orang lain.
Dalam masa yang sama, Zul Ariffin memaklumkan tiada perancangan untuk ke arah perkahwinan bersama Zahirah Macwilson buat masa ini.
Sumber: Berita Harian
Post a Comment