"Masuk GV pun tak bincang, jangan buat kami macam tunggul.." - Luahan Rody Kristal kepada Lan

"Masuk GV pun tak bincang, jangan buat kami macam tunggul.." - Luahan Rody Kristal kepada Lan

Nampaknya penyertaan Lan Kristal di dalam rancangan Gegar Vaganza membuatkan kumpulan rock ini membuat keputusan untuk mencari penyanyi baru.

"Masuk GV pun tak bincang, jangan buat kami macam tunggul.." - Luahan Rody Kristal kepada Lan
"Masuk GV pun tak bincang, jangan buat kami macam tunggul.." - Luahan Rody Kristal kepada Lan

Semalam, Rody dari kumpulan Kristal yang merupakan pemain gitar kumpulan Kristal telah membuat pengumuman di Instagramnya untuk mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asal kumpulan tersebut iaitu Lan yang kini sedang berjuang dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke empat.

Menurut Rody lagi, memang benar status tersebut ditulis olehnya setelah mendapat khidmat nasihat daripada orang-orang lama.

Tambah Rody lagi, lokasi dan tarikh audition tersebut akan diberitahu kemudian.

ARTIKEL MENARIK: "Peguam Saya Beritahu Kenyataan Beliau Berunsur Hasutan.." - Nabil Beri Amaran, Sudah Hilang Hormat Kepada Chef Wan

loading...

Ini pengumuman di Instagram tentang pencarian vokalis baru kumpulan Kristal:

"Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition untuk mencari penyanyi baru.. Insyaallah pengumuman akan di buat..

Ibni pula tulis Rody di laman IG miliknya:

"Di atas nasihat orang-orang lama, kami Kumpulan Kristal akan merehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru.. insyaallah pengumuman akan di buat..

"Moga Lan berjaya dengan hajatnya nak jadi penyanyi solo.. tak kan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pulak .. insyaallah..

"Aku akan memperjuangkan @kristalband bersama @kechiqrangers dan @acapkristal moga terus berjaya dan harap korang terus menyokong perjuangan kristal!

Kemudian melalui portal Sinar Harian, Rody ada meluahkan rasa hatinya dengan keputusan Lan untuk menyertai Gegar Vaganza.




Yang membuatnya terguris hati, Lan tidak berbincang untuk menyertai Gegar Vaganza misum 4 dengan rakan-rakan band yang lain.

Ini penjelasan dari Rody:

"Kami akan bersidang dulu dengan pengasas/pengurus Kristal Pak Din. Mungkin juga akan jumpa Awie,"

Rody memberitahu bahawa kumpulan Kristal perlu mencari penyanyi baru kerana ada peminat yang menganggap kumpulan Kristal sudah tiada setelah melihat Lan muncul solo di Gegar Vaganza.

Ini luahan hati Rody:

"Sebenarnya senang je, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang. Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul.

"Ada kawan-kawan beritahu sebelum ni Lan record solo tapi malas percaya, sekali betul. Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru juga la.

"Kalau rezeki die dalam solo, kita tak ada masalah. Cuma kena cari penyanyi barulah. Faham-faham je la nanti show nak kena ada penyanyi. Kalau tak maka terkontang-kanting kami,"

Ditanya bagaimana pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak?

"Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal," itulah komen dari Rody.

Apapun diharapkan Lan dan ahli kumpulan Kristal dapat berbincang dengan baik-baik. Harapnya kumpulan Kristal terus berdiri teguh!

Kumpulan Kristal merupakan satu nama band yang amat popular dan terkenal dengan lagu seperti Seragam Hitam, Resam Pak Belalang, dan Delaila.

Pada tahun 1999, kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody yang mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie.

Awie kemudian tertarik dengan kehebatan kumpulan ini setelah melihat sendiri Kristal membuat persembahan.

Satu tahun selepas itu, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah' dan popular menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'.

Tahun 2002, kumpulan Kristal terus cemerlang dan semakin popular apabila sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang'.

Sumber: Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post