Lebih 20 maut serangan rejim Syria

Lebih 20 maut serangan rejim Syria

DAMSYIK, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dalam serangan rejim Syria di Ghouta Timur, Damsyik.

Lebih 20 maut serangan rejim Syria
Lebih 20 maut serangan rejim Syria

Menurut seorang wartawan agensi berita Anadolu di kawasan itu, serangan tersebut menyasarkan kawasan Douma, Misraba, Ein Tarma, Medeira dan Harasta dimana kawasan itu telah dikepung oleh rejim tentera.

“Dalam kejadian itu, seramai tiga belas orang awam termasuk tiga kanak-kanak terbunuh di Misraba.

ARTIKEL MENARIK: Lapangan terbang Sanaa dibom

loading...

“Manakala lima orang termasuk seorang kanak-kanak turut terbunuh di Medeira dan dua lagi di Douma,” kata sumber perubatan.

Jumlah korban dikhuatiri meningkat kerana ramai orang cedera dalam serangan tersebut dan aspek keselamatan di kawasan terbabit amat membimbangkan.

Sejak awal November, Ghouta Timur telah berada di bawah serangan intensif oleh pasukan rejim Syria yang menyebabkan lebih daripada 100 orang mati dan beratus-ratus cedera. – Agensi

Portal Islam dan Melayu.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post