Dendam kahwin paksa, wanita racun suami dan 12 ahli keluarga suami dengan susu beracun

Dendam kahwin paksa, wanita racun suami dan 12 ahli keluarga suami dengan susu beracun

PERBUATAN seorang wanita di Pakistan mahu membunuh suami dengan memberi minum susu beracun menyebabkan 12 ahli keluarga suaminya serta lelaki itu maut selepas minum yogurt diperbuat daripada susu beracun berkenaan.

Dendam kahwin paksa, wanita racun suami dan 12 ahli keluarga suami dengan susu beracun
Dendam kahwin paksa, wanita racun suami dan 12 ahli keluarga suami dengan susu beracun

AFP melaporkan, pegawai kanan polis di daerah Muzaffargarh, tengah Pakistan, Owais Ahmad berkata hari ini, wanita terbabit yang dipaksa berkahwin dengan suaminya, Amjad, pada September lalu, sudah ditahan atas tuduhan membunuh.

Menurutnya, turut ditahan teman lelaki wanita berkenaan iaitu sepupunya.

Wanita itu, Asiya Bibi, 20, memasukkan racun ke dalam susu suaminya minggu lalu, namun suaminya tidak minum susu berkenaan.

Sebaliknya, ibu mentuanya menggunakan susu beracun itu untuk membuat yogurt yang digunakan sebagai bahan asas lassi, minuman susu dan yogurt.

ARTIKEL MENARIK: Silap Sangka! ‘Ustaz Tahfiz’ Yang Dianggap Meninggal Dalam Tragedi Kebakaran, Rupanya Hidup Lagi!

loading...

Menurut Owais, 13 orang mati, termasuk suami wanita itu manakala 14 lagi dirawat di hospital.

“Polis sudah menahan Asiya Bibi, seorang lelaki dan ibu saudara lelaki itu kerana bersubahat dalam kejadian itu,” katanya.

Menurut laporan Pakistan Today, Asiya mengaku mahu berkahwin sepupunya itu, Shahid Lashari, namun dipaksa berkahwin dengan Amjad oleh keluarganya.



Sumber: Harian Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post