'Bukan Sorok Perkahwinan, Tetapi Atas Permintaan Keluarga' - Fattah

'Bukan Sorok Perkahwinan, Tetapi Atas Permintaan Keluarga' - Fattah

Pelakon, Fattah Amin, tampil menafikan dakwaan kononnya dia dan Fazura mempermainkan pihak media menyorok pernikahannya atas alasan permintaan dari pihak keluarga, lapor Harian Metro.

'Bukan Sorok Perkahwinan, Tetapi Atas Permintaan Keluarga' - Fattah
'Bukan Sorok Perkahwinan, Tetapi Atas Permintaan Keluarga' - Fattah

Malam semalam, berita Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan secara tertutup di sebuah hotel di ibu kota, mengejutkan banyak pihak yang rata-rata tidak tahu mengenai perkara itu sehingga timbulnya dakwaan pasangan itu membelakangkan pihak media.

"Setahu saya, gambar dan siaran akhbar pernikahan kami diberikan kepada semua media. Hal itu kena tanya pihak pengurusan kerana Universal Music yang mengeluarkan siaran akhbar kepada media," katanya.

ARTIKEL MENARIK: Terkejut Fazurah Pilih Berkhawin Suami Muda. Siapa Sangka 11 Selebriti Ini Juga Berkahwin Dengan Suami Yang Lebih Muda. Artis No.11 Berkhawin Umur 53 Dan Suami Umur 27 Tahun..Tapi Masih Bertahan Walaupun Dah 10 Tahun Berlalu Wow… Respect!!

loading...


Fattah juga enggan mendedahkan alasan sebenar dia merahsiakan pernikahannya, sebaliknya hanya menjawab pernikahan secara tertutup itu di atas permintaan pihak keluarga.

"Memang kami sudah merancang untuk membuat majlis pernikahan secara tertutup. Sewaktu sidang media sebelum ini, saya sudah menjelaskan akan membuat dua resepsi berbeza untuk media, keluarga rapat dan peminat.

"Jadi saya rasa tiada isu kami enggan menjemput media," katanya yang juga menjelaskan perkahwinannya itu mengikut prosedur yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI).



Dalam pada itu, Fattah berkata akan ke London untuk penggambaran program travelog dan akan mengambil kesempatan di sana untuk berbulan madu.

Sumber: Harian Metro via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post