“KALI pertama dia ikut saya beli kain kafan, malah kali pertama juga dia potong kain kafan.
Arwah Tiba-Tiba Ikut Saya Beli Kain Kafan |
“Bertambah sedih, kain yang dia potong itulah yang digunakan untuk mengkafankan jenazahnya,” kata Mohamad Iqbal Rahman, 17, rakan baik kepada Mohamad Alif Aiman Azhar, 15, yang terkorban dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Pantai menghala Pasir Gudang, Johor Bahru, awal pagi tadi.
Mohamad Iqbal berkata, pada 21 Oktober lalu, Allahyarham yang dipanggil Aiman itu mengikutnya membeli kain kafan untuk digunakan pada kursus pengurusan jenazah yang diadakan oleh bapanya pada keesokan hari.
“Dia sebenarnya seorang yang takut bila cakap soal mayat atau jenazah, tak sangka tiba-tiba dia ikut saya pergi beli kain kafan dan dia potong kain itu tanpa saya ajar.
ARTIKEL MENARIK: ‘Wahai menteri, fahamilah kesusahan kami’: Harga minyak di Malaysia naik sedangkan harga minyak dunia turun?
loading...
“Lepas kain itu digunakan untuk kursus, ayah simpan kain kafan berkenaan untuk digunakan jika ada orang meninggal dunia. Tak sangka arwah meninggal dunia dalam kemalangan dan kain kafan itu digunakan untuk mengkafankan jenazahnya,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, hari ini.
Allahyarham yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dirempuh sebuah teksi dalam kemalangan itu.
Dalam kemalangan itu, arwah membonceng motosikal Honda Wave yang ditunggang Mohd Zulfitri Rahimin, 16, yang juga satu-satunya mangsa yang tidak mengalami kecederaan.
Menurut Mohd Zulfitri, ketika kejadian, mereka dengan tiga motosikal dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang selepas bersiar-siar di Pantai Lido, Johor Bahru.
Katanya, ketika melepasi laluan bertingkat di kawasan Permas Jaya, dia mendakwa ekzos motosikalnya rosak dan mahu berhenti di tepi jalan untuk membetulkannya.
“Kami semua berhenti di tepi jalan dan Aiman yang mencangkung untuk membetulkan ekzos motosikal saya, manakala kami yang lain berdiri di sisi motosikal.
“Tidak sampai lima minit, saya lihat sebuah teksi seperti hilang kawalan. Saya menjerit suruh semua lari, tetapi tidak sempat dan terus teksi untuk merempuh dan kami melambung serta terpelanting.
“Saya sangat terkejut, tetapi saya gagahkan diri untuk bantu semua yang cedera. Ketika itu saya lihat mulut Aiman bergerak sedikit, tetapi dia meninggal dunia,” katanya.
Post a Comment