10 Senarai Gaji Tertinggi Pemain Bola Sepak Tempatan Malaysia Bersama Kereta Mewah. Pemain No 7 Memang Hebat, Terlepas Cakap “Pundek” Tapi Jangan Terkejut Kereta Dia Paling WOW !!
10 Senarai Gaji Tertinggi Pemain Bola Sepak Tempatan Malaysia Bersama Kereta Mewah. Pemain No 7 Memang Hebat, Terlepas Cakap “Pundek” Tapi Jangan Terkejut Kereta Dia Paling WOW !! |
ARTIKEL MENARIK: (Foto) Isteri-isteri Pemain Johor Darul Takzim Semalam Yang Hadir Untuk Memberi Semangat
loading...
1. Safe Sali RM120,000 Pemain JDT
Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan.
2. Khairul Fahmi Che Mat (Apek) – RM100,000 – Kelantan
3. Amri Yahyah – RM85,000 – Johor Darul Takzim
Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan kontrak lumayan oleh Johor Darul Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan.
4. Norshahrul Idlan Talaha – RM80,000 – ATM (Kini bersama Terengganu)
5. Indra Putra Mahyuddin – RM75,000 – Felda United
Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji sebanyak RM75,000 sebulan.
6. Baddrol Bakhtiar – RM65,000 – Kedah
Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan ‘senior’ Kedah dan kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan.
7. Safiq Rahim – RM70K (2015) dan Dikhabarkan gaji Safiq Rahim dinaikkan sebanyak RM250K (sekarang) – Johor Darul Takzim
Nama tidak yang perlu diperkenalkan lagi, Pemain ini pernah mengumumkan persaraan pada Julai 2016 sekaligus memberi kesan kepada pasukan kebangsaan ketika itu tengah tenat dan tersingkir saingan kejohanan AFF Suzuki 2016, Tidak lama kemudian, beliau kembali dari persaraan menyarung jersi kebangsaan.
Kejayaan paling di ingati adalah apabila Safiq membantu Johor Darul Takzim memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling berharga (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015.
Pengiktirafan paling tinggi yang pernah di peroleh pemain bolasepak Malaysia. Gaji Safiq pada 2015 adalah sebanyak RM70 000 tetapi dengan kejayaan yang di raih pada tahun 2015 dan 2016, Beliau dinaikkan gaji sangat lumayan
Gambar diatas merupakan Kereta Mewah Jenama Mustang kepunyaan Safiq Rahim. Dikhabarkan gaji Safiq Rahim dinaikkan sebanyak RM250K (sekarang) dari , tak salah beliau dapat gaji sebanyak itu kerana permainannya sudah setaraf pemain import yang lain.
8. Badhri Radzi (Piya) – RM50,000 – Kelantan
Nama Piya tidak asing lagi dikalangan peminat pasukan Kelantan dan juga dalam Liga Malaysia. Mempunyai skil sepakan sudut dan percuma yang menarik, Piya adalah lawan kepada Safiq Rahim. Piya juga pernah menerima tawaran lumayan dari beberapa pasukan. Namun mungkin kerana kesetiaan kepada pasukan negeri Piya memilih untuk kekal. Lagipun gaji yang Piya terima di Kelantan juga adalah antara yang tertinggi. Begitupun prestasi Piya nampaknya sedikit merudum dan mungkin memerlukan masa untuk beliau kembali ke prestasi terbaiknya.
9. Aidil Zafuan – RM50,000 – Johor Darul Takzim
Beliau antara tonggak pertahanan terbaik yang ada di Malaysia. Pemain yang cukup kental dan sukar untuk dilepasi, Aidil bersama kembarnya Zaquan menerima tawaran lumayan untuk berhijrah ke Johor Darul Takzim dari pasukan Negeri Sembilan. Mungkin menerima saingan yang cukup sengit daripada beberapa muka baru selain mengalami kecederaan, Aidil nampaknya kurang beraksi dan gagal mendapatkan aksi dalam kesebelasan utama. Berkenaan gaji Aidil, ia didedahkan oleh bekas isterinya, Rita Rudaini dalam usaha menuntut nafkah untuk dua anak mereka.
10. Norfarhan – RM40,000 – Kelantan
Cukup lincah dan mempunyai penyudah yang baik. Norfarhan memilih untuk kembali bersama pasukan Kelantan pada musim 2015. Sebelum itu, beliau telah berhijrah pulang ke pasukan asalnya Terengganu. Norfarhan dikatakan menerima sekitar RM40,000 sebulan di Kelantan. Bagaimanapun beliau perlu buktikan kemampuan sebenarnya kerana ketika ini beliau masih belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan juga.
Post a Comment