Dalam perlawanan semalam menentang pasukan Hong Kong , Ultras Malaya telah menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan menyanyikan lagu ‘FAM Bangsat’ bergema di Stadium Hong Kong.
[VIRAL] Terdengar Chant Ultras “FAM BANGSAT” Di Hong Kong. Siapa Topi Merah Yang TMJ Mahu Jumpa Tu..? |
Nyanyian Ultras tersebut turut menarik perhatian TMJ dan mendengar chant tersebut namun baginda tidak ambil hati.
ARTIKEL MENARIK: Skuad Malaysia Tewas 2-0 Dengan Hong kong, Kad Merah Dari Safiq Rahim Sengaja Atau Tidak?
loading...
“Macam semalam, Ultras Malaya mula menyanyikan lagu FAM bangsat. It’s ok, no problem!”
“Saya pun nyanyi benda tu juga dulu. Tiada masalah, tak ada ambil hati punya.”
“Semua orang mahukan kejayaan, semua orang mahukan kemenangan. Dan kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik. Cuma buat masa ini, kita tak mampu memberikan anda keputusan yang baik.”
“Tiada masalah untuk kecewa. Tak ada rasa sakit hati. Kita semua profesional. Jadi, apabila orang nyanyi FAM Bangsat, kadangkala saya ikut juga.”
Namun di akhir sesi, TMJ bercadang untuk berjumpa dengan budak topi merah Ultras Malaya.
“Yang budak topi merah tu, aku nak jumpa dia. Aku nak jumpa dia, budak topi merah tu.”
“Ni guarantee, tak dapat duit tambang pergi Hong Kong, tu yang dia bangsatkan FAM. Cuba dapat duit tambang, tengok dia bangsatkan ke tak?”
“Kalau handal sangat, kita patut berjumpa. Kita boleh bercakaplah. Kita manusia bukannya binatang, nak makan antara satu sama lain.”
“Nasihat saya kepada diorang, teruskanlah nyanyi lagi tu, tiada masalah!”
Sambil berseloroh baginda berkata:
“Apabila anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh!”
Kemana perginya hero-hero Islam seperti Pemuda PAS Tantawi, Ibrahim Ali, Zulklifi Nordin, Hassan Ali? Mereka cuma berjuang dengan air liur? Tanpa mengajar anak muda Ultras Malaya lebih islamik?
Sejarah Penubuhan Football Association of Malaysia hingga kini telah melintasi usia 70 tahun. Kini Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah dijawat oleh Sultan Ahmad Shah.
Sultan Ahmad Shah mempunyai sedikit sebanyak konflik dengan Annuar Musa di mana bekas Ahli politik UMNO ini mempunyai jalingan dengan Ultras Malaya, kalian juga dapat menyemak di Internet, Facebook, blog khasnya dalam media alternative. Memang pun penyokong-penyokong Annuar Musa kuat mengkritik presiden FAM, serang dan memalukan presiden FAM. Mereka sering melaung laungkan presiden FAM letak jawatan.
Inilah gejala yang tidak sihat dalam arena sukan Malaysia. Bila bola dicampur dengan bau politik, menggunakan kuasa anak muda menyebarkan pandangan negative terhadap FAM, ini budaya menghina, mencaci semakin luas menyebar.
Lihatlah, generasi muda yang biadap dan tak bersopan, menyebarkan semangat kebencian, maki hamun dengan tak terasa malu, apa yang aneh anak muda kaum Melayu penyokong Ultras Malaya ini ramai yang mengamalkan cara hidup budaya Melayu, serta beragama Islam, tapi tindakan mereka seperti samseng dan biadap, sepintas menyaksikan sikap dan perangai mereka memekik-mekik, reaksi mereka seolah-olah terhilangnya identiti Melayu yang bersopan santun, bermaruah, malah mencemarkan sikap umat Islam yang sejati.
Persoalannya ke mana perginya kementerian Belia dan Sukan Malaysia, kenapa tiada ambil kisah langsung? Kenapa tiada memberikan komen terhadap Ultra Malaya?
Tanyalah Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, kenapa tidak mengharamkan Ultras Malaya yang memburukkan budaya dan cara hidup Melayu? SKMM tiada sekat laman web yang menyebarkan sikap biadap mereka?
Kemana perginya hero-hero Islam seperti Pemuda PAS Tantawi, Ibrahim Ali, Zulklifi Nordin, Hassan Ali? Mereka cuma berjuang dengan air liur? Tanpa mengajar anak muda Ultras Malaya lebih islamik?
Secara ringkasnya gejala samseng dan biadap ini kalau tidak dibendungkan dengan cepat mungkin maka ia akan menyebar masuk ke masyarakat Melayu Islam. Akibatnya ia akan melingkupkan masyarakat Melayu pada masa akan datang, berkecai, menyerap dan runtuhkan akhlak dan moral masyarakat Melayu Islam.
Sumber : SEMUANYABOLA
Post a Comment