PETALING JAYA: Sebuah video sekumpulan pegawai tentera menunggu giliran untuk ditendang di bahagian perut yang pernah tular dua tahun lalu sekali lagi mendapat perhatian netizen.
Video sekumpulan tentera tunggu giliran ditendang pegawai senior sudah pernah viral dulu, kini viral lagi |
Rakaman berdurasi tiga minit itu menunjukkan pelatih tentera tanpa baju berdiri dalam barisan sebelum setiap seorang daripada mereka ditendang oleh pegawai yang kelihatan lebih senior dan memiliki fizikal lebih besar.
Dalam video yang dipercayai dirakam di dalam hutan yang tidak diketahui lokasinya, beberapa pegawai kedengaran bertutur dalam bahasa Melayu.
ARTIKEL MENARIK: Isteri Banting Tulang Kerja Di Luar Negara, Suami Pulak Bangga Tayang Kekasih Di Facebook.
loading...
Ia sekali lagi tular menerusi aplikasi Whatsapp susulan berita kematian dua tentera laut selepas mengikuti sesi latihan fizikal di Sitiawan, Perak pada Jumaat lalu.
Sumber: Mstar
Post a Comment