Uqasha Senrose Teman Wanita Saya, Dia Bertanggungjawab Dan Manja – Hefny

Uqasha Senrose Teman Wanita Saya, Dia Bertanggungjawab Dan Manja – Hefny

Pengacara dan pelakon Hefny Sahad membuat pengakuan sedang rapat dengan pelakon popular Uqasha Senrose.

Uqasha Senrose Teman Wanita Saya, Dia Bertanggungjawab Dan Manja – Hefny
Uqasha Senrose Teman Wanita Saya, Dia Bertanggungjawab Dan Manja – Hefny

Hefny amat terbuka untuk berkongsi tentang hubungan rapat dia dengan pelakon Uqasha Senrose.

Mula mengenali Uqasha Senrose sejak tiga tahun lalu, hefny memberitahu hubungan mereka terjalin pada penghujung tahun lepas. Kini telah hampir genap setahun mereka berdua mengenal hati budi masing-masing.

Ini komen Hefny:

ARTIKEL MENARIK: Baru Saja Putus Dengan Kamal Adli, Emma Maembong Sudah Dilamar VIP Bergelar Datuk?

loading...

“November ini genaplah setahun kami berkawan dan setakat ini tiada sebarang masalah pun.

“Hubungan saya dengan Uqasha rapat sejak penghujung tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan saya hanya keluar dengan dia dan tidak ada wanita lain.

“Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu namun pada penghujung tahun lalu saya mula rapat dengan dia,”

Dari kenyataan Hefny lagi, sikap Uqasha Senrose yang mementingkan keluarga, sering menjaga adik adik dan mendahulukan keluarga, bertanggungjawab dan manja membuatkan hatinya terpikat.

IMG_20171025_212803.jpg

Malah, dia mengakui kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Ini komen Hefny:

“Saya lihat Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya terlebih dahulu. Cara dia melayan dan menjaga adik-beradiknya membuatkan saya terpikat.

“Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang yang manja,”

Sehingga kini, Hefny berkata tidak ada perancangan lagi untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius, namun ada berbincang tentangnya.

“Sudah tentu kami mengharapkan ke tahap lebih serius dan stabil, cuma buat masa sekarang belum ada sebarang perkhabaran baik untuk dikongsikan.

“Memang sudah ada perbincangan antara kami cuma tiada kata putus berkenaan tarikh untuk sebarang majlis.

“Apa yang boleh saya katakan hubungan kami semakin serius,”

“Buat masa sekarang ini, saya tak boleh nak kata apa-apa lagi. Kami pun tidak ada perancangan untuk ke peringkat seterusnya.

“Insya-Allah kalau ada jodoh saya dan Uqasha. Harap semua doa yang baik-baik untuk kami berdua”

Dalam perkembangan kerjayanya, Hefny masih memberi keutamaan dalam bidang pengacaraan berbanding bidang lakonan.

Walaubagaimanapun, dia tidak akan berhenti berlakon dan hanya mengambil tawaran drama yang sesuai dengan jadualnya.

Ini penjelasannya:

“Bidang pengacaraan ini memang keutamaan saya sejak awal memasuki dunia seni lagi. Tapi tidaklah saya berhenti daripada berlakon.

“Kalau ada tawaran yang sesuai dengan jadual saya pasti akan terima,”

Semoga hubungan mereka berdua semakin kukuh dan berakhir dengan ikatan yang sah, Amin.

Kredit - CantikSikit.com.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post