JOHOR BAHRU: Sejak semalam tular sebuah video di mana memaparkan kelibat tujuh orang lelaki didakwa anggota polis dipercayai sedang berhibur di sebuah pusat hiburan haram di Bandar Muar.
Tular Video Dakwa Anggota Polis Berhibur Di Pusat Hiburan Haram, 7 Anggota Dikenakan Tindakan |
Kerana tindakan kesemua anggota berkenaan berdasarkan hasil siasatan, ketujuh-tujuh mereka telah dikenakan tindakan ditukar serta-merta.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan tukar serta merta itu hanyalah tindakan sementara sambil menunggu tindakan lanjut.
ARTIKEL MENARIK: Pasti Anda Terkejut Kenapa Polis Sengaja Tinggalkan Mayat Lelaki Ini Ditengah Jalan Selepas Mati Kemalangan
loading...
“Pihak Polis Johor terus menjalakan siasatan tatatertib sebaik sahaja maklumat berkaitan video yang tersebar itu diterima.”
“Dalam hal ini, PDRM melihat pelanggaran tatatertib ini tidak boleh dikompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada semua yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Beliau dalam pada itu mengingatkan semua anggota PDRM bahawa semua anggota perlu akur kepada kehendak intergriti dalam memartabatkan PDRM selaku penguat kuasa undang-undang utama negara. – Siakapkeli.my
Sumber: Polis Johor
lagi info di : edisiviral.com
Post a Comment