Kegilaan terhadap drama-drama yang ditonton di televisyen selalunya sering dikaitkan dengan remaja belasan tahun ataupun kanak-kanak.
Terpengaruh Dengan Novel Cinta, Lelaki Tembak Mati Suami Kepada Kekasih |
Namun, kejadian yang berlaku di Rompin, Pahang ini lain pula ceritanya. Seorang lelaki yang terlalu taksub dengan sebuah novel cinta yang dikatakan bersangkut paut dengan kisah hidupnya bertindak menembak mati suami kepada kekasihnya.
ARTIKEL MENARIK: 6 gambar: Lelaki bakar diri,isteri & dua anak gara-gara hutang
loading...
Menurut pihak polis, suspek menembak mangsa untuk membuktikan cintanya kepada isteri mangsa. Mangsa dan isteri yang dipercayai warga Indonesia dikatakan sedang mengalami masalah rumah tangga sejak berkahwin dua tahun lalu.
Siasatan awal polis mendapati suspek dan isteri mangsa sudah menjalinkan hubungan sulit selama 4 bulan. Tindakan mangsa yang dikenali sebagai Zubir untuk memujuk isterinya dan ingin membawa pulang isterinya itu ke Acheh membuatkan suspek berang.
Suspek berjaya ditahan ketika berehat di Hentian R&R Tanjung Malim ketika cubaan untuk melarikan diri ke kampung halaman di Bedong, Kedah pada Jumaat lalu.
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin berjaya memberkas suspek yang sedang menaiki motosikal. – www.kakishare.tv
Post a Comment