Terlalu Cepat Sayang Pergi.. Anak Kita Baru 6 Bulan.. Suami Mati Didera Ketika Latihan Fizikal TLDM..

Terlalu Cepat Sayang Pergi.. Anak Kita Baru 6 Bulan.. Suami Mati Didera Ketika Latihan Fizikal TLDM..

Ipoh : Saya tidak percaya dia boleh mati begitu sahaja, takkanlah suami dan rakannya yang turut dikenakan tindakan tahanan, boleh muntah dan sesak nafas bersama-sama dan akhirnya maut.

Terlalu Cepat Sayang Pergi.. Anak Kita Baru 6 Bulan.. Suami Mati Didera Ketika Latihan Fizikal TLDM..
Terlalu Cepat Sayang Pergi.. Anak Kita Baru 6 Bulan.. Suami Mati Didera Ketika Latihan Fizikal TLDM..

Nur Liya Asmira, isteri kepada Laskar Kelas 1, Muhammad LailatuIman Mohd Shukri, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Unit Sungai Wangi, Sitiawan, banyak mendiamkan diri sebaik menerima berita kematian suaminya petang semalam.

ARTIKEL MENARIK: SEBAK. Jumpa Wanita Lumpuh Ini Terbaring Di Tepi Jalan Bersama Seekor Kucing. Rupa²nya…


Abang ipar Muhammad LailatuIman yang enggan dikenali berkata, Nur Liya Asmira hanya berdiam diri dan kerap menangis selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang semalam.

.






“Nur Liya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur banyak mendiamkan diri sejurus menerima berita itu.

“Dia lebih banyak menyendiri dan tidak selera makan serta kerap menangis sejak semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau berkata, Nur Liya tinggal bersama anak perempuan mereka berusia enam bulan di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.

Katanya, Allahyarham sering pulang pada hujung minggu untuk bertemu isteri dan anaknya.

“Selepas tamat bedah siasat nanti, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman arwah di Kampung Bagus, Rantau Panjang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang,” katanya.

Nur Liya yang hadir di HRPB petang ini enggan bertemu dengan pemberita, dia kini kehilangan suami tersayang yang sempat bersamanya setahun lebih. Kini tinggallah dirinya bersama anak perempuannya yang berusia 6 bulan.

Al Fatihah

Sumber: Berita Sayu


loading...
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post