TERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.ERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.

TERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.ERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.

“SAYA terkejut melihat seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki di luar pintu pagar rumah bersama tiga beg kain tanpa pengawasan dewasa,” kata peniaga, Rahim Sarin, 64.

TERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.ERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.
TERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.ERKEJUT Jumpa Seorang Kanak² Perempuan & Bayi Di Luar Pintu Pagar Bersama 3 Beg Pakaian.

Dia menemui kanak-kanak perempuan berusia lingkungan setahun tiga bulan dan bayi lelaki dianggarkan berusia tujuh bulan di hadapan kediamannya Taman Air Biru, Pasir Gudang pada 29 September lalu.

Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang ketika dia membuka pintu rumahnya. Dia terdengar bunyi di hadapan rumah dan terkejut melihat kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.

“Jiran yang sedang menyapu halaman menyatakan terlihat seorang lelaki dan perempuan menaiki teksi berhampiran kediaman saya.

“Kami tidak pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kanak-kanak perempuan dan bayi berkenaan.

“Saya langsung tidak mengenali bayi mahupun kanak-kanak perempuan itu dan masih keliru dengan tindakan tidak bertanggungjawab insan yang meninggalkan mereka di hadapan rumah,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Sepasang Kekasih Berada Dalam Kereta Sepanjang Hari, Namun Semua Orang Terkejut Apabila “Pintunya Dibuka”

loading...







Rahim berkata, dia kemudian menghubungi anak perempuannya yang berada di luar rumah sebelum menyerahkan kedua-dua mereka ke Balai Polis Seri Alam, Pasir Gudang.

“Mungkin insan berkenaan meninggalkan mereka supaya keluarga kami memberi jagaan kepada kanak-kanak ini namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia menyalahi undang-undang.

“Saya mengambil keputusan untuk menyerahkan mereka berserta beg terbabit kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Hampir setiap hari saya berdoa agar waris kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki itu terbuka hati untuk tampil menuntut mereka,” katanya.

Sementara itu, pelindung kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zaid Ikhwan Lim berkata, kedua-dua mereka dipercayai adik-beradik namun tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Menurutnya, kedua-dua mereka dirujuk oleh Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Ismail (HSI) kepada JKM pada 1 Oktober 2017.

“Mulai 3 Oktober, JKM memberi perlindungan kepada mereka yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

“Diharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan waris mereka menghubungi talian 07-2232606,” katanya.

Kredit : My Metro

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post