Tatkala kita mengeluh hidup kita susah, sebenarnya ada orang yang hidupnya lebih susah daripada kita. Seperti yang dikongsikan lelaki ini, dua kanak-kanak ini sanggup berjalan meminta derma untuk perbelanjaan sekolah mereka.
Tengah Makan Tiba² Datang Dua Kanak² Lelaki Ini Jalan Kaki Tanpa Selipar. Selepas Disoal Rupa²nya…. SEBAK!!! |
SUNGGUH menyayat hati. Ketika saya sedang makan tengah hari di Jalan Song (Kuching, Sarawak), saya didatangi dua orang kanak-kanak. Mereka berdua meminta derma untuk perbelanjaan sekolah.
Lalu saya pun menghulurkan derma kepada mereka berdua dengan seikhlas hati.
Apa yang paling menyentuh perasaan saya ialah, mereka berdua berjalan kaki tanpa memakai selipar dalam cuaca yang panas terik.
Saya pun bertanya, apakah mereka berdua sudah makan atau belum?
“Belum lagi bang,” jawab mereka berdua serentak.
ARTIKEL MENARIK: Baru Dinaikkan Pangkat Jadi Pengarah, Wanita Hina Nenek Si Penyapu Jalanan. Saat Nenek Ini Membuka Jaketnya, Wanita Ini Terdiam !
loading...
Lalu saya pun mengajak mereka makan tengah hari bersama dengan saya.
Cara mereka berdua makan, memang jelas sekali mereka kelaparan.
Difahamkan, mereka berdua berasal dari Kampung Stutong, dan mereka berdua berjalan kaki ke Jalan Song yang mana jarak perjalanan adalah lebih kurang dua atau tiga kilometer (berdasarkan Google Maps).
Apa yang berlaku ini adalah sebagai pengajaran untuk diri. Hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada atau miliki pada hari ini. Walaupun kita rasa hidup kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
Semoga Tuhan melindungi dua kanak-kanak ini. Doakan yang terbaik untuk mereka berdua agar dapat melanjutkan pelajar sehingga ke menara gading.
Sumber: Jerry Vigo & The Reporter
Post a Comment