BATU PAHAT – Murka terhadap ceramah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kritik isu kedai dobi Muslim, Sultan Johor mengarahkan agar tiada lagi berurusan dengan agensi itu lagi.
“Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak” – Sultan Johor larang Jabatan Agama Islam Negeri Johor berurusan dengan Jakim |
Malahan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan bertitah supaya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak lagi berurusan dengan Jakim selepas ini yang dilihat cuba mencampuri hal ehwal Islam di negeri tersebut.
Baginda bertitah, Jakim turut tidak perlu memberikan pandangan kepada kerajaan Johor, kerana semua tahu urusan berkaitan agama adalah di bawah kuasa negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian Persekutuan.
Sultan Ibrahim bertitah demikian susulan insiden bekas Pegawai Kader Jakim, Ustaz Dr Zamihan Mat Zin ditahan kerana mengkritik baginda mengenai isu dobi mesra muslim di Muar, yang tular di media sosial baru-baru ini.
“Beberapa orang mufti dan pakar agama telah mengeluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan yang mengkritik tindakan saya.
“Dia memperlekeh mufti-mufti tersebut. Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan cerca bangsa lain. Saya anggap dia hanya seperti tin kosong yang tidak ada otak,” titah Sultan Ibrahim.
ARTIKEL MENARIK: TMJ Dan Che Puan Khaleeda Sambut Pewaris Takhta Kesultanan Johor
loading...
Baginda bertitah demikian ketika Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, di sini hari ini. Titah Sultan Ibrahim, Zamihan juga berbohong selepas cuba menafikan beliau menyebut perkara itu.
“Nampaknya ustaz ini sudah pandai berbohong pula, macam mana kita hendak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, selepas ini cukuplah dia berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri.
“Kalau betul dia memang penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana pihak Jakim pungut dia, selepas ini juga saya mengarahkan JAINJ supaya tidak perlu lagi membuang masa berurusan dengan Jakim,” titah baginda lagi.
Zamihan yang kini bertugas sebagai pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri, ditahan polis di ibu negara pada Rabu lalu dan direman selama dua hari untuk membantu siasatan menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu dikatakan mengkritik Sultan Johor dalam isu kedai dobi Muslim di Muar ketika berceramah di sebuah masjid di Shah Alam pada Ahad minggu lalu.
Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Post a Comment