“Saya tak kahwin… saya tak ada anak.” Itulah jawapan spontan yang akan keluar daripada mulut Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin jika ditanya siapakah isteri dan mana anaknya.
Respon Jins Shamsuddin Apabila Ditanyakan Mengenai Dirinya Buat Ramai Sebak |
Pada mulanya isteri Allahyarham, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, berasa kecil hati dengan sikap suaminya itu.Namun perasaan itu dapat dibuang apabila dia mula memahami penyakit Alzheime yang dihidapi Jins sejak 2011 menyebabkan Allahyarham bersikap demikian.
Malah kadang-kadang dia berasa lucu melihat tingkah laku suaminya itu. Kali terakhir saya menemui Allahyarham pada pagi Jumaat, 18 Disember 2015 bersama teman-teman wartawan mewakili Persatuan Wartawan dan Penulis Hibruan Malaysia (WHAM).
ARTIKEL MENARIK: Semoga Allah Berikan Jodoh Kedua Ku Dengan Lelaki Sebaik Ini - Fasha Sandha
loading...
Dalam pertemuan itu, kami bersarapan pagi bersama Allahyarham sekeluarga termasuklah isteri dan dua anaknya iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim. Allahyarham amat berselera menjamah nasi lemak yang dibawa. Hajat kami hanyalah satu… untuk bersama Jins Shamsuddin di saat-saat dirinya semakin uzur.Sementelah pada ketika itu tersebar berita tidak benar kononnya Jins sudah meninggal dunia.
Dalam pertemuan pagi itu, Jins berselera menikmati makanan yang dihidangkan sambil ditemani isteri tersayang. Dia sentiasa tersenyum tanpa membicarakan apa-apa. Penampilannya begitu tertib dan segak berkemeja.
Kata Halijah… itulah diri sebenar Jins Shamsddin. Dia berpakaian kemas setiap masa dan sentiasa menjaga ketokohannya sebagai seorang bintang filem ternama. Sebab itulah apabila saya tanya siapakah namanya, lantas dengan bangga dan penuh berhemah dia menjawab “Saya…. Jins Shamsuddin.”
Nama Jins Shamsuddin membawa pengertian cukup bermakna dalam hidup seniman agung itu. Dia bangga membawa jenama berkenaan yang dipandang tinggi atas usahanya sebagai anak seni.Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin yang dilahirkan di Taiping, Perak pada 3 November 1935 sama seperti artis lain yang melalui detik-detik sukar sebelum berada pada puncaknya ketika ini.
Ketika di kampung, dia dipanggil Zain dan amat rapat dengan kakaknya bernama Hazizon. Wanita itulah yang dijadikannya sebagai tempat mengadu sehinggalah Hazizon mendirikan rumah tangga, Jins mula berasa hidupnya sunyi apabila dia terpaska berpisah dengan kakaknya itu.
Pada hari terakhir sebelum Jins meninggalkan kampung, dia masih tidur berhampiran Hazizon. Hazizon ketika menceritakan kisah itu kepada seorang penulis Mohd Zamberi A. Malik, sebelum berangkat untuk merantau, Jins sempat datang berjumpanya untuk mengambil sepasang kasut lalu menghilangkan diri dengan basikal kesayangannya.
Sekian lama merantau, keluarganya terkejut apagila Zain menjadi Jins Shamsuddin dan muncul sebagai hero dalam filem Pancha Delima (1957). Semasa kegemilangan filem-filem lakonan Jins, ahli keluarganya tidak pernah menonton lakonan Jins di panggung wayang. Ibunya Hajah Mariam pula hanya sekali menoton filem lakonan Jins iaitu Neracha pada tahun 1963. Itu pun selepas diperdayakan anak angkatnya.
Malangnya ketika menonton filem itu, Hajah Mariam bersedih dan menangis kerana menyangkakan Jins sudah dipenjarakan hanya kerana kesalahan kecil.Namun dia berjaya dipujuk kerana apa yang ditonton itu hanyalah satu lakonan.
Pada tahun 1956, Jins mencipta sejarah dalam dirinya selepas lulus dalam uji bakat dan akhirnya menjadi arits bawah Malay Film Production bertempat di Singapura dengan gaji $70 sebulan. Dia pada mulanya diberi peranan kecil dalam filem Keadilan Ilahi dan Anakku Sazali namun atas ketekunannya itu, P. Ramlee menawarkan dia menerajui Pancha Delima pada 1957 sebagai pelakon utama. Dalam filem itu, Jins memegang watak sebagai Suria Kenchana seorang putera raja yang disumpah menjadi ular pada waktu siang dan menjadi manusia pada sebelah malam.
Sayangkan Peminat
Dalam buku Kembara Seorang Seniman dilaporkan Jins amat menyayangi peminatnya. Kata beliau, jika tiada peminat yang memujanya, tidak mungkin akan ada orang akan mengenalinya sehingga hari ini.
Sebab itulah beliau sanggup menyimpan berpuluh ribu surat yang dikirimkan kepadanya dan ia disusun rapi mengikut abjad dari A sehingga Z.
Beliau juga akan membalas kad-kad ucapan hari raya dengan dibantu seorang pembantu semata-mata mahu menjaga hati peminat-peminatnya. Namun ketika menjalani penggambaran di Hong Kong pada 1967, banjir besar melanda rumahnya di Boon Teck Road, Singapura menyebabkan semua surat peminat yang disimpannya musnah.
Peminat Wanita
Jins amat berhati-hati berkawan dengan wanita kerana dia menganggap golongan itu boleh menjadi racun dan juga penawar.Pernah pada suatu ketika Jins menerima telegram daripada seorang lelaki mendakwa ayah kepada peminat wanitanya yang mengatakan wanita itu sakit tenat namun Jins keberatan untuk menziarahi peminat itu di Melaka.Sehinggalah akhirnya dia menerima telegram kedua yang mengatakan gadis itu sudah meninggal dunia.Peristiwa itu benar-benar terkesan dalam diri Jins menyebakan dia berasa amat menyesal akan kejadian itu.Sejak peristiwa itu, Jins menyimpan semua surat peminatnya itu namun ia musnah ketika banjir.
Kisah Rumah Tangga
Perkahwinan pertama Jins ialah dengan seniwati Rahmah Rahmat yang digandingkan dalam filem Dandan Setia, diterbitkan pada 1959. Kisah bermula apabila Rahmah meminta bantuan Jins untuk membaiki lampu di rumahnya yang rosak.
Semasa sedang membaiki lampu itu tiba-tiba Jins terkena kejutan elektrik lalu beliau rebah tidak sedarkan diri. Rahmah yang terkejut terus menarik wayar elektrik sehingga putus dan Jins dibawa ke hospital tidak jauh dengan rumah mereka di Singapura.Ketika di hospital, doktor sempat bergurau dengan berkata “Who save you?… You better marry her!” (siapa selamatkan awak? Lebih baik awak kahwini dia) merujuk kepada Rahmah.
Maka selepas peristiwa itulah iaitu pada 9 Februari 1961, Jins yang ketika itu berusia 26 tahun mendirikan rumah tangga dengan Rahmah yang berumur 19 tahun.
Perkahwinan itu diadakan secara sederhana dan tidak diketahui oleh orang kampung.Hasil perkahwinan itu mereka mendapat sorang anak iaitu Jafri pada 24 Januari 1962.Namun dua tahun kemudian mereka berpisah kerana campur tangan ibu mertuanya (ibu Rahmah) yang menyebabkan emosi dan lakonan Jins terganggu.
Dalam masa 23 tahun menjadi seorang duda, ada laporan mengatakan Jins berkahwin dengan soerang wanita bernama Jamilah Shukor pada tahun 1973 namun ia tidak didedahkan kepada umum.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak bernama Putera Hang Tuah @ Shazrin.Pada 12 Julai 1986, Jins secara rasmi berkahwin dengan Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim.Sepanjang hayatnya, Jins berlakon berpuluh-puluh filem dari era hitam putih ke zaman filem warna.Filem Ali Setan lakonan Azmil Mustapha dan Fauziah Ahmad Daud arahannya pada tahun 1985 menjadi fenomena dan diingati sehingga ke hari ini.
Pada 2004 beliau dilantik sebagai Senator yang menjadikan artis pertama diberi kepercayaan untuk berada dalam Dewan Rakyat.Beliau kemudiannya dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri pada 2007 dan pada 2009, kerajaan memberikan Anugerah Seniman Negara, sebuah pencapaian tertinggi untuk anak seni.
Apa yang tinggal hanyalah namanya dan kehebatan beliau dalam dunia seni tidak mungkin dapat dicari ganti. Semoga Allah memberi rahmat kepada roh Allahyarham. Al-Fatihah.
blogmazeer
Post a Comment