Raja Puan Besar Perak mangkat

Raja Puan Besar Perak mangkat

IPOH: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, mangkat pada jam 5.07 petang tadi.

Raja Puan Besar Perak mangkat
Raja Puan Besar Perak mangkat

Baginda mangkat pada usia 75 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, melalui kenyataan teks perisytiharan kemangkatan yang dikeluarkan pihak Pejabat Menteri Besar di sini sebentar tadi.

"Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah telah mangkat pada pukul 5.07 petang , hari Selasa tarikh 3 Oktober 2017 Masihi bersamaan 12 Muharam 1439 Hijrah.

"Sebagai tanda bersedih dan dukacita dengan kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia, Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Negeri Perak akan berkabung sehingga selesai permakaman dan bendera negeri Perak Darul Ridzuan hendaklah dikibarkan separa tiang," katanya dalam kenyataan itu.

ARTIKEL MENARIK: Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kumpul sumbangan RM1 juta: “Kami belum terima satu sen pun” – Waris mangsa kebakaran

loading...

Zambry berkata, jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Istana Ar-Ridzuan, Jalan Raja Di Hilir, di sini dan rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 10 pagi hingga 11.30 pagi manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula jam 11.30 pagi.

Katanya, jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

"Saya Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, mewakili seluruh rakyat jelata negeri Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhumah Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah subhanahuwataala dalam kalangan para solehah," katanya.

Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014 serentak dengan pemasyhuran Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Muda Perak.

Almarhum yang dilahirkan pada 18 Oktober 1942 di Kuala Lumpur, berkahwin dengan Raja Jaafar pada tahun 1970 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43, dan Raja NorAzwina, 41.

Baginda yang pernah menjadi guru ketika ini menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Perasaan cintanya terhadap warisan Perak membolehkan baginda mengetuai jawatankuasa menghasilkan buku meja kopi edisi terhad yang diberi tajuk Warisan Santapan Darul Ridzuan yang menyenaraikan resepi makanan tradisi Perak seperti rendang tok, ayam masak putih, gulai tempoyak, jeruk maman dan seri kaya nangka.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post