Rahsia Mengapa Longkang Di Jepun Airnya Jernih Dan Bersih. Ini Puncanya..!!

Rahsia Mengapa Longkang Di Jepun Airnya Jernih Dan Bersih. Ini Puncanya..!!

Sejak semalam, jadi tular di laman-laman media sosial gambar longkang yang sangat bersih dan jernih di Jepun sehinggakan ada ikan hidup di dalamnya.

Rahsia Mengapa Longkang Di Jepun Airnya Jernih Dan Bersih. Ini Puncanya..!!
Rahsia Mengapa Longkang Di Jepun Airnya Jernih Dan Bersih. Ini Puncanya..!!

Berikutan perkara ini, seorang pengguna Facebook yang mendakwa pernah bekerja sebagai kontraktor di Jepun ini cerita bagaimana longkang sebersih itu boleh wujud. Jadi tak hairanlah ikan boleh hidup kan?

Baca perkongsian beliau di bawah:

Dua tahun sebelum berpindah balik ke Malaysia, saya diarahkan untuk mengendalikan projek pemasangan paip sisa kumbahan dari rumah penduduk awam.

Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Sebelum ini saya lebih difokuskan kepada kerja-kerja pembinaan infrastruktur seperti pembinaan Jambatan, Jalanraya dan kerja-kerja pembaikan tebing sungai sahaja.

ARTIKEL MENARIK: Pasangan Melayu Check-In Hotel Hanya 3-4 Jam Aku Bagi Juga Walau Rasa Bersalah.. Tapi Cara Baru Yang Aku Lakukan Ini Buatkan Mereka…

loading...

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Pekan Kecil Yunotsu tempat saya ditugaskan untuk memasang sistem paip kumbahan yang baru.

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Makcik Takano berlalu selepas memberikan Manjyu (kuih) kepada kami.

Saya bertanya kepada Senior Engineer saya, apa tujuan pasang paip kumbahan ini. Beliau menyatakan, kalau di bandar-bandar besar Sistem ‘下水道’ (Gesuido = Paip Air Kumbahan) ini telah lama dilaksanakan. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja, baru difokuskan ke kawasan luar bandar.

“Macam mana sistem dia ni Senpai (Senior)?”….

“Dulu di kampung-kampung mereka hanya ada tangki kumbahan sahaja, tiap kali tangki penuh mereka panggil lori pam datang sedut. Ko kena paham air kumbahan ni bukan sahaja sisa manusia, tu semua air basuh baju, bilik mandi, dapur semua tu masuk tangki tu…. Sanggup ke ko nak buat kerja ni?”


“ No hal la senpai… Looo…. Ingatkan tangki tu untuk ‘sisa manusia je’..”

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Kanak-kanak mencari anak ikan dalam di dalam longkang…dingin airnya..

“Tak tak…. semua air yang telah digunakan secara domestik dengan air semulajadi yang bersih perlu diasingkan, supaya air domestik yang digunakan dapat dirawat semula dan dilepaskan secara bersih ke sungai-sungai. Air yang digunakan secara domestik tu tak boleh dilepaskan secara sewenangnya ke dalam longkang”

“Ooooo…patut le makcik rumah sebelah rumah saya selamber je basuh sayur dalam longkang”

“Memang lee…sebab air longkang tu datangnya dari sungai-sungai, dan memang bertujuan untuk mengalirkan air hujan sahaja!” “Tapi ko pergi Tokyo jangan le pulak basuh sayur kat longkang sana bro!…hahaha”

“Patutle ikan Koi boleh hidup dalam longkang dan saliran kat bandar Tsuwano tu ye… ropernya air tu tak bercampur dengan sisa kumbahan!..Naruhodo ne!”

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Memulakan kerja di celah-celah rumah penduduk awam yang sempit.

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Beginila ropernya di bawah penutup Manhole yang kome selalu dok selfie dan pijak tu…besar kan?
Nampak tak papan hitam tu… saya selaku “Genba Kanri nin Sya” atau penyelia tapak projek, kena tulis sendiri tulisan tu dan ambil gambar sebagai bukti yang manhole ni dah dipasang ikut spec…kalau dah tanam sapa nak percaya kan?

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Kerja-kerja pemasangan Manhole

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Mesntabilkan kecerunan paip agar maintain sebanyak 0.25% gradient….tak boleh buat curam sangat, nanti najis tak terungkai laju sangat sebelum tiba di tempat rawatan.

“Eh Kamachan, banyak soal pulak ko pagi ni…tu pergi bersihkan dulu jamban rumah Makcik Takano san tu….nanti kita dah nak start korek pasang paip dan manhole kat situ! Ni mamam dulu manjyu (kuih) yang Makcik Takano kasi tadi”

“Hait! Wakarimashita senpai!” (baiklah saya yang menurut arahan). Terus rembat manjyu dan makan bersama Coffee panas dalam tin UCC 70% kurang gula sebelum memulakan kerja. Terrbaikkk!! Bismillah…

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Ukur dan check ambil gambar sebagai bukti kepada pihak berkuasa kami pasang ikut kuantiti menurut BOQ atau spec…so tak timbul kata kami cilok paip esok lusa…haha

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Inspector dari pihak Majlis daerah bahagian Kumbahan dan Sisa…saya berbaju kuning pegang papan hitam perlu bersama beliau untuk menerangkan kerja-kerja kami…

Tiada kompromi bila tanggungjawab telah diamanahkan. Suka tak suka, perlu berhadapan! Jangan lari, dan lakukannya secara jujur dan jangan banyak merungut, sekali kamu lari, kamu akan lari selama-lamanya…InsyaAllah… ada banyak hikmah di sebaliknya. Bertabahlah Kamachan !…sob sob…..

Yang suka berselfie kaki kat Manhole-manhole di kota-kota Jepun tu, geng-geng macam kami ni le yang pasang dulu…. Bila lihat ramai suka berslfie kat manhole…rasa kembang kempis je dinding kulit hidung ni…hehehe…

Rahsia%2Bmengapa%2Blongkang%2Bdi%2BJepun

Sebab ada sistem kumbahan laa…ikan koi boleh hidup dengan happiness forever di dalam longkang-longkang di Bandar Tsuwano… bandar lain? air nye tak sebersih di sini..

(*Owh lupa..nota kaki… penggunaan paip sistem kumbahan ni kena bayar ye… banyak mana kita guna air paip, banyak tu yang akan di charge untuk kumbahan..tak silap separuh harga air paip biasa kot..lupo den)

Sumber: Kamarul Ilmar in Shimane, http://www.blogmazeer.com/


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post