LELAKI berusia 28 tahun yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM600,000 dari sebuah bank bulan lepas, dijangka akan ditahan lebih lama dalam lokap polis lapor thesundaily.
Penyiasat "Geram" Suspek Larikan RM600,000 Tidak Mahu Dedah Lokasi Duit Itu Disimpan. |
Ini berikutan laporan-laporan polis yang dibuat oleh lebih 30 individu yang menjadi mangsa lelaki berkenaan. Suspek dilaporkan telah ditangkap di Melaka pada 3 Oktober lalu.
Memetik sumber, thesundaily melaporkan bahawa siasatan berkenaan kecurian wang di bank hampir selesai namun suspek telah ditahan semula semalam selepas perintah reman selama seminggu ke atasnya tamat.
Suspek berkenaan dijangka akan dihantar ke beberapa negeri pada minggu-minggu akan datang bagi membantu siasatan berhubung banyak kes-kes kecurian yang berkaitan dengannya sebelum ini.
Sumber penyiasatan juga memaklumkan, berdasarkan rekod lelaki berkenaan pernah ditahan sewaktu zaman remajanya kerana perbuatan mencuri sebanyak empat kali.
ARTIKEL MENARIK: Kelantangan Dr Zamihan “BERSUARA” Buat Ramai TERGAMAM. Akhirnya Ini Yg Diperolehi…
loading...
Namun suspek dipercayai berjaya mengelak hukuman disebabkan kurang bukti dan asas teknikal lain.
Kes kes berkenaan dilaporkan berlaku di Lembah Klang dan Pulau Pinang lebih 10 tahun yang lalu.
Difahamkan pihak penyiasat kini berasa "geram" kerana suspek enggan mendedahkan di manakah lokasi baki wang yang dicurinya daripada bank — berjumlah RM500 ribu.
Pada 8 September lalu, berbekalkan hanya sekeping kertas, suspek yang menyamar sebagai seorang juruteknik alat pemadam api telah berjaya melarikan RM600,000 daripada sebuah bank di Damansara.
Suspek yang berasal dari sebuah estet Kelapa Sawit di Karak, difahamkan telah berkahwin dengan seorang wanita lepasan universiti, dan kini mempunyai dua orang anak.
Dia dikatakan hanya melakukan kerja-kerja kasar sejak berhenti sekolah pada umur 13 tahun.
Tidak lama selepas itu, dia dikatakan mula melakukan kerja-kerja menipu untuk mendapatkan wang saku dan memenuhi keperluan perbelanjaan.
Difahamkan suspek tidak bersifat tamak atau suka membeli dan memiliki barangan-barangan mewah.
Selain itu difahamkan, selain membelanjakan wang haram yang diperolehinya untuk keperluan asas diri dan keluarga, suspek sering memberi kebanyakan wang kepada orang susah, bagi membayar hutang-hutang atau meringankan beban kewangan mereka.
Sumber: EdisiRakyat.com
Post a Comment