PETALING JAYA: Pengurus Kandungan THR Gegar. Nadira Azizan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi kira-kira pukul 7.10 pagi Ahad.
Penyampai Radio NADIRA AZIZAN Meninggal Dunia |
Berita itu disahkan oleh suaminya Hasrul Rizal Hassan kepada mStar Online.
Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain, 41, dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu selepas mengalami demam ketika berada di Kota Bharu, Kelantan sewaktu mengadakan promosi saluran radio itu.
Sebaik pulang ke Kuala Lumpur pada malam Ahad, dia terus dibawa oleh Hasrul Rizal ke KPJ Kajang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HKL dan di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Nadira antara individu awal di Era FM dan sering menjadi penyampai radio ganti ketika juruhebah lain bercuti.
ARTIKEL MENARIK: Video Ozlyn Buat Muka Nak Muntah Semasa Emma Maembong Salam Cium Tangan Kamal Adli
loading...
Pada tahun 2008 dia dipindahkan ke THR Gegar sebagai Eksekutif Muzik sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan saluran radio untuk pendengar Pantai Timur itu.
Nadira antara penyamai radio yang disenangi ramai kerana sikap ramah dan tinggi budi bahasanya.
Menurut Hasrul Rizal, jenazah dijadual akan disembahyangkan di masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dikebumikan tanah perkuburan Islam di situ.
Allahyarham meninggalkan lima orang anak.
Sumber; mstar
Post a Comment