Penjaga Gol Terkemuka Indonesia, Choirul Huda Meninggal Dunia Selepas Bertembung Dengan Rakan Sepasukan

Penjaga Gol Terkemuka Indonesia, Choirul Huda Meninggal Dunia Selepas Bertembung Dengan Rakan Sepasukan

Penjaga gol lagenda Indonesia, Choirul Huda, meninggal dunia selepas berlaku kemalangan ketika sedang bermain dalam perlawanan Liga Indonesia ketika pasukannya, Persela Lamongan sedang menentang pasukan Semen Padang.

Penjaga Gol Terkemuka Indonesia, Choirul Huda Meninggal Dunia Selepas Bertembung Dengan Rakan Sepasukan
Penjaga Gol Terkemuka Indonesia, Choirul Huda Meninggal Dunia Selepas Bertembung Dengan Rakan Sepasukan

Arena bola sepak Indonesia dikejutkan dengan berita bahawa penjaga gol itu meninggal dunia setelah berlakunya perlanggaran kuat antara dia dan rakan sepejuangannya.

Penjaga gol berusia 38 tahun itu rebah ketika minit-minit akhir separuh masa pertama.

Difahamkan, penjaga gol itu bertembung dengan Ramon Rodrigues ketika mahu menyelamatkan bola dari penyerang Semen Padang, Marcel Sacramento.

ARTIKEL MENARIK: [VIRAL] Terdengar Chant Ultras “FAM BANGSAT” Di Hong Kong. Siapa Topi Merah Yang TMJ Mahu Jumpa Tu..?

loading...


Menerusi video kejadian, boleh dilihat kaki Rodrigues terkena pada bahagian dada Choirul.

Ambulan kemudiannya dipanggil sebelum dibawa ke hospital tempatan.

Selepas permainan tamat, jurulatih Persela Aji Santoso mengesahkan Huda meninggal dunia.

Huda disahkan meninggal duni apada 5.15 petang, di Hospital di Lamongan.

Doktor Zaki Mubarok memberitahu "Dia dibawa ke hospital dalam keadaan masih bernyawa, tapi sudah tidak bernyawa lebih kurang jam 17:00.

"Menurut analisis kami, ia disebabkan oleh pelanggaran di kepala dan bahagian belakang leher." katanya.

Aji Santoso berkata: "Kesemua pemain selesai bermain dan pergi ke hospital, dimana di sana Choirul Huda disahkan meninggal dunia."


Sumber: Siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post