Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah

Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Pertambahan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh).

Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah
Penerima BR1M naik 2.9 juta bukti rakyat makin miskin, kata Wan Azizah

Dr Wan Azizah berkata, ukuran kejayaan program bantuan wang tunai sekali beri itu apabila penerima BR1M semakin menurun dan bukannya meningkat.

“Pekan dengan bangganya, mengumumkan seramai 7 juta penerima akan kekal menerima BR1M.

“Ini bererti, daripada seramai 18.35 juta warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas, 38% daripada mereka masih kekal berada dalam kategori berpendapatan rendah dan kekal dalam kepompong kemiskinan,” katanya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan).

Dr Wan Azizah berkata, bermula dengan seramai 4.1 juta penerima BR1M pada 2012, pentadbiran Barisan Nasional (BN) bukan sahaja gagal mengurangkan jumlah itu bahkan sebaliknya bertambah 2.9 juta penerima sejak 5 tahun lalu kepada 7 juta penerima.

ARTIKEL MENARIK: Bajet 2018: Najib masuhkan tol di lebuhraya memang tiada tol?

loading...

Menurut ketua pembangkang, pertambahan itu menunjukkan peningkatan 70% golongan miskin penerima BR1M sejak program bantuan wang sekali beri itu diperkenalkan 5 tahun lalu.

“Adakah ini bererti kerajaan pimpinan Pekan melahirkan dan menambah golongan miskin penerima BRIM?” kata Wan Azizah, yang menambah keadaan itu membuktikan Najib gagal menganjak 7 juta rakyat daripada himpitan hidup berpendapatan rendah dan subsidi.

Wan Azizah berkata, kerajaan yang bertanggungjawab akan memikirkan dasar yang mampu membimbing kelompok ini keluar daripada kepompong kemiskinan, bukan sekadar memberi “ikan” tetapi juga memberi “kail”.

“Jikalau dikira secara terperinci kesan dan akibat kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi negara, saya rasa jumlah rakyat yang miskin akan meningkat,” kata ketua pembangkang.

“Boleh juga di katakan Pekan dan seluruh anggota Kabinet telah gagal memimpin dan mengurus tadbir negara dengan baik dan berkesan.”


Sumber - Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post