Musim perayaan boleh menjadi suatu detik yang paling memilukan terutama apabila anda baru sahaja kehilangan orang tersayang.
PELIK Angsa Ini Setiap Hari Lepak Di Tempat Letak Kereta Dan MERENUNG Kereta Warna Hitam. Rupa²nya… |
Namun bagi seekor angsa yang sedang bersedih ini, ia kelihatan seperti mahu selamanya hidup di dalam kisah novel yang sentiasa mempunyai pengakhiran yang gembira.
Walaupun hakikatnya si angsa ini baru sahaja kehilangan 2 rakan karib, ia seakan sentiasa mahu berteman apabila gemar melihat bayangan sendiri melalui permukaan kereta yang dicat berkilat.
Sebelum kedua-dua sahabat angsanya mati, 3 ekor angsa bersahabat tersebut merupakan tarikan utama di pusat taman di West Sussex. Ke hulu dan ke hilir bersama, 3 ekor sahabat itu tidak pernah berenggang selama 15 tahun.
ARTIKEL MENARIK: Allahuakhbar !!! Anjing 8 Ekor Masuk Masjid Bikin Masalah. Ini KESILAPAN Jemaah Buat Ramai Tak SANGKA !!!
loading...
Justeru, apabila 2 sahabatnya mati pada awal tahun ini kerana sakit tua, si angsa mula menunjukkan perubahan sikap, menurut Courtney Luscombe iaitu pemilik Ferring Nurseries di Worthing.
Si angsa itu dilihat selalu merenung dirinya melalui imej pantulan dari pintu kereta, seolah-olah mempercayai yang dirinya masih lagi bersama dengan sahabatnya itu. Pelawat yang lalu lalang juga bingung dengan keadaan angsa tersebut.
“Kami tidak pasti sama ada cara angsa itu meratap merupakan perkara yang indah atau memilukan,” ujar Encik Luscombe.
“Ia adalah angsa yang bijak. Jelas ia masih diselubungi kesayuan kehilangan sahabat karibnya. Kami agak keliru dengan sikapnya. Ia akan berdiri lama di situ dan merenung bayangan sendiri.
Awalnya kami tidak perasan akan sebab ia bersikap sedemikian. Tetapi kami kemudiannya tersedar yang angsa itu mungkin berasa kesunyian.
Si angsa itu gemarkan kereta berwarna hitam kerana bayangannya kelihatan lebih jelas berbanding warna yang lain. Seumur hidup ia mengenali sahabat angsa betinanya dan selalunya si angsa yang masih hidup itulah yang akan menjadi ketua kumpulan.
Kadang-kadang awak pasti terdengar berkenaan pasangan yang meninggal dunia selang beberapa minggu setelah kehilangan pasangan sehidup sematinya kerana patah hati.
Bagi angsa ini, ia mungkin mengalami kemurungan serupa.”
Setiap hari, sebaik sahaja pintu reban kayunya dibuka jam 7.30 pagi dan ia selesai diberi makan oleh petugas pusat taman, si angsa akan meluru ke arah tempat parkir kereta dan melihat bayangan sendiri sehingga jam 4 petang sebelum ia dimasukkan semula ke dalam reban demi melindunginya dari serangan musang.
“Kami tidak pasti jenis tindakan yang perlu diambil. Kami boleh mencarikan ia teman baharu tetapi agak berbahaya jika ia tidak sukakan teman baharunya itu. Ia mungkin tidak mendatangkan apa-apa kebaikan,” tambah Encik Luscombe lagi.
“Kami hanya mahukan ia berasa gembira. Kami juga bersikap terbuka jika ada sesiapa yang berhajat mengambil angsa ini untuk dikawankan dengan angsa-angsa mereka.
Namun kami khuatir juga si angsa ini akan disembelih untuk dijadikan lauk pauk sempena makan malam merayakan Krismas.”
Seorang warden pertanian syarikat Wildfowl & Wetlands Trust bernama Phoebe Vaughan berkata, “Elok juga pemerhatian ke atas angsa itu diteruskan.
Ketaksubannya melihat pantulan diri sendiri mungkin membuktikan bahawa angsa yang baru sahaja kematian sahabat sebenarnya merupakan makhluk yang gemar bersosial.”
Kredit : Era Baru
Post a Comment