Nenek Tiri Tarik Rambut Dan Celup Muka Cucu Dalam Kuali Minyak Panas Gara-Gara Lambat Goreng Keropok..

Nenek Tiri Tarik Rambut Dan Celup Muka Cucu Dalam Kuali Minyak Panas Gara-Gara Lambat Goreng Keropok..

Bandung: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun cedera parah di muka selepas dicelup ke dalam minyak panas oleh nenek tirinya kerana lambat menggoreng keropok.

Nenek Tiri Tarik Rambut Dan Celup Muka Cucu Dalam Kuali Minyak Panas Gara-Gara Lambat Goreng Keropok..
Nenek Tiri Tarik Rambut Dan Celup Muka Cucu Dalam Kuali Minyak Panas Gara-Gara Lambat Goreng Keropok..

Kejadian pada 29 September lalu itu menyebabkan muka Rachel Heriani terpaksa dibalut dan dia masih dirawat di hospital hingga hari ini.

Rachel berkata, pada hari kejadian dia pulang ke rumah di Bandung Barat selepas bermain bersama rakannya.

Apabila tiba di rumah, nenek tirinya, Kosiah, 69, menyuruhnya menggoreng keropok untuk dimakan bersama keluarga.


“Saya memberitahu nenek bahawa saya mahu berehat dahulu kerana terlalu penat bermain.

“Bagaimanapun, nenek tiba-tiba berang lalu menarik rambut saya sebelum mencelup muka saya ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas,” katanya.

ARTIKEL MENARIK: Setahun jadi pemuas bapa bejat, budak 9 tahun jadi gila

loading...

3261263140.jpg

Menurutnya, kerana terlalu sakit dia pengsan sebelum sedar ketika dibawa keluarganya ke Rumah Sakit Hasan Sadikin di Bandung.

Sementara itu, bapa mangsa, Kusdian, 42, berkata, kecederaan anaknya sangat serius dan hanya mata kanan serta mulut yang tidak berbalut.

“Bahagian mata kiri, dahi, hidung dan pipi Rachel melecur dengan teruk akibat dicelup ke dalam minyak panas itu.

“Saya sangat sedih melihat Rachel menangis setiap kali jururawat membersihkan lecur pada wajahnya,” katanya.

kusdian-dan-anaknya-rachel-heriani--di-r

2017138241.jpg

Menurutnya, dia dan keluarga mempertimbangkan sama ada mahu membuat laporan polis berhubung tindakan ibu mentuanya. - penmerahpress

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post