Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) gempar apabila 14 ekor babi didapati berkeliaran di laluan itu di sekitar Kilometer 198 arah utara, Alor Gajah, semalam
“Nasib Baik Babi Saya Tak Lari”- Pemandu Lori Terbabas |
Memetik laporan Harian Metro, haiwan berkenaan terlepas ke atas jalan selepas lori yang membawanya terbabit dalam kemalangan dan terbalik di lokasi tersebut kira-kira jam 7.30 pagi.
Dalam kemalangan itu, lori membawa babi yang dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Senawang, Negeri Sembilan itu dipercayai dilanggar oleh sebuah PROTON Gen2 dari arah belakang sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas di bahu jalan.
Pemandu lori itu yang dikenali sebagai Tee Yu Peng berusia 58 tahun berkata dia memandu di lorong paling kiri ditemani isteri, Tan Bee Chin dalam perjalanan membawa ternakan berkenaan ke Senawang.
ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Saya Berjaya Larikan Diri Melalui Tingkap, Api Marak Dekat Pintu… – Pelajar
loading...
“Saya pandu perlahan 70 kilometer sejam sebelum tiba-tiba lori bergegar seakan sesuatu menyondol dari belakang hinggakan terbabas dan melanggar besi penghadang kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.”
“Apabila masuk ke dalam longkang, saya pusing stereng ke kanan dan ketika itu, Proton Gen2 terbabit menghimpit ke arah saya menyebabkan lori saya dan kereta itu terbabas ke lereng bukit di bahu jalan dan lori saya terbalik.”
Kata Yu Peng, akibat kemalangan itu dia cedera di bahu, manakala isterinya hanya cedera ringan di kepala.
sumber : Berita Harian
sumber : Harian Metro
Difahamkan, pemilik lori babi berjaya menangkap semula haiwan ternakannya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah lagi lori pada jam 10.30 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah yang mengesahkan kejadian itu berkata penuntut sebuah kolej yang juga pemandu PROTON Gen2, Muhamad Dhiaulhaq Xulkifli yang berusia 18 tahun cedera di kepala, manakala dua sahabatnya tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
Tambah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Post a Comment