KUALA LUMPUR, 1 Okt — Menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjanji bahawa tiada perkara yang akan disembunyikan berhubung siasatan kematian dua anggota TLDM di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak, Jumaat lepas.
Kes dua anggota TLDM mati, tiada apa disorok, kata menteri |
Beliau yang juga menteri tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri berkata pihaknya juga telah mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk melakukan siasatan.
“Saya telah arah TLDM untuk beri sepenuh kerjasama kepada pihak PDRM untuk lakukan siasatan. Tiada perkara akan disembunyikan. Itu janji saya.
“Saya konsisten bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah. Buat masa ini, biar pihak PDRM teruskan siasatan,” kata beliau dalam laman Twitter rasminya hari ini.
ARTIKEL MENARIK: Polis Kongsi Hasil Bedah Siasat & Punca Kematian 2 Anggota TLDM !!!
loading...
Terdahulu, ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, dipercayai didera.
Beliau berkata berikutan itu polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
TLDM dalam kenyataannya semalam, menyatakan Nik Muhammad Baihaqy dan Muhammad Lailatuliman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan, pada Jumaat.
Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang. — Bernama
Post a Comment