Kerja Sampai Mati Gara-Gara Kejar 'Overtime' Melampau.!!

Kerja Sampai Mati Gara-Gara Kejar 'Overtime' Melampau.!!

Seorang wartawan di Tokyo meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada Julai 2013 selepas dipercayai bekerja lebih masa di mana dia mengambil 'overtime' 159 jam 37 minit dalam masa sebulan dan hanya berehat selama dua hari.

Kerja Sampai Mati Gara-Gara Kejar 'Overtime' Melampau.!!
Kerja Sampai Mati Gara-Gara Kejar 'Overtime' Melampau.!!

Satu siasatan rasmi memutuskan Miwa Sado yang merupakan wartawan politik ini mengalami kegagalan jantung berpunca dari kerja yang berlebihan.


ARTIKEL MENARIK: Saya Rela Digari Daripada Biar Anak Selangor Mabuk Arak, Kata Jamal

loading...

n-nhk-a-20171006-870x645.jpg

Namun, syarikat penyiaran kebangsaan Jepun, NSK baru mendedahkan punca kematian Miwa kelmarin selepas mendapat tekanan dari keluarga wartawan itu.


Kes itu menunjukkan masalah serius kematian akibat bekerja terlalu lama atau dikenali sebagai 'karoshi' di Jepun.

miwa%2Bsado.png

Pada ketika itu, Miwa berusia 31 tahun dan ditugaskan untuk membuat liputan pilihan raya perbandaran Tokyo pada Jun 2013 dan satu lagi pilihan raya Parlimen pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, tiga hari selepas pilihan raya Parlimen itu berakhir, wartawan ini meninggal dunia lantaran kegagalan jantung.

Pendedahan mengenai kematian Miwa membuatkan penduduk Jepun terkejut kerana sebelumnya NHK aktif melaporkan kematian berkaitan 'karoshi' di syarikat lain.

Pada setiap tahun di Jepun, kerja lebih masa terlalu lama dipercayai punca berpuluh-puluh kematian akibat strok, serangan jantung dan bunuh diri.

Sumber: Siakapkeli


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post