“Jangan jadi batu api…” – Kamal Adli selar pihak perkata tentang kemelut percintaan dengan Emma Maembong

“Jangan jadi batu api…” – Kamal Adli selar pihak perkata tentang kemelut percintaan dengan Emma Maembong

PELAKON, Kamal Adli menyelar tindakan segelintir pihak yang bersikap ‘batu api’ apabila memperkatakan mengenai hubungannya dengan pelakon Emma Maembong.

“Jangan jadi batu api…” – Kamal Adli selar pihak perkata tentang kemelut percintaan dengan Emma Maembong
“Jangan jadi batu api…” – Kamal Adli selar pihak perkata tentang kemelut percintaan dengan Emma Maembong

Kamal, 31, berkata, kemelut yang melanda hubungannya dengan Emma sudah selesai.

“Kami sudah berbaik. Hubungan kami kembali macam biasa. Jadi, tidak ada apa perlu diperbesarkan. Kalau saya cerita banyak, bimbang ia menimbulkan lebih banyak masalah.

“Jalan terbaik adalah lebih baik saya berdiam diri. Cuma saya ingin pesan kepada orang sekeling supaya jangan jadi batu api,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Kamal, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

ARTIKEL MENARIK: ‘Dia Tu Nak Perhatian Je, Saya Takkan Benarkan’ – Cik B

loading...

“Perkara sudah jadi, tapi saya cuba untuk selesaikan masalah ini supaya semuanya kembali jernih. Lagipun apa yang berlaku hanya salah faham.

“Saya sayangkan Emma. Saya tidak boleh tipu perasaan ini. Doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Terdahulu, hubungan Kamal dan Emma dikatakan retak selepas Kamal memuat naik status berbunyi doakan yang baik-baik di laman Instagram miliknya.

Difahamkan, ia berpunca daripada hubungan akrab Kamal dan pelakon Zahirah Macwilson selepas kedua-dua mereka berlakon dalam drama Duda Pujaan Dara yang ditayangkan di Astro baru-baru ini.

Sementara itu, Emma pula menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik status yang dipercayai ditujukan kepada kekasihnya itu.

“Jika awak boleh membuatkan saya ketawa, awak sebenarnya menarik di mata saya,” tulisnya.



Sumber: Harian Metro
Kredit - CantikSikit.com


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post