PEMILIK Rangkaian Pasaraya Giant, GCH Retail Malaysia memutuskan untuk menamatkan operasinya di 5 kawasan iaitu Seri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama selepas tempoh perjanjian pajakan premisnya tamat lapor The Malaysian Insight (TMI).
Giant dedah punca 5 rangkaian pasarayanya ditutup serentak |
Namun jurucakap syarikat terbabit, dilaporkan enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung. Jurucakap itu juga tidak mahu mengulas berhubung nasib pekerja-pekerja di lima premis tersebut.
BACA: 5 Pasaraya Giant Bakal Ditutup Secara Serentak Pada 5 November Ini.
loading...
Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi kelembapan jualan pada suku kedua tahun ini berbanding 3 bulan pertama tahun 2017 lapor TMI.
Walaupun jualan runcit berkembang pada kadar 4.9 peratus dari bulan April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk jualan dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2 peratus tahun ke tahun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara yang dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya.
Kelemahan dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Subsektor Pasaraya dan Hypermarket menunjukkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam keadaan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku pertama tahun 2017 — paling teruk di kalangan subsektor runcit lapor TMI lagi.
Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 telah menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi.
Baca lanjut — The Malaysian Insight
Kredit - MiloSuam
Post a Comment