Dia Menjerit Minta Saya Ke Tandas, Lepas Tu ... - Ungku Hariz 'Flashback' Waktu Tahu Jihan Hamil

Dia Menjerit Minta Saya Ke Tandas, Lepas Tu ... - Ungku Hariz 'Flashback' Waktu Tahu Jihan Hamil

Pelakon Ungku Hariz tidak menyangka bakal bergelar bapa dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Dia Menjerit Minta Saya Ke Tandas, Lepas Tu ... - Ungku Hariz 'Flashback' Waktu Tahu Jihan Hamil
Dia Menjerit Minta Saya Ke Tandas, Lepas Tu ... - Ungku Hariz 'Flashback' Waktu Tahu Jihan Hamil

Mengimbas semula detik awal mengetahui isterinya, Jihan Muse hamil, Ungku Hariz memberitahu dia dipaksa Jihan ke tandas untuk memeriksa 'sesuatu' yang mencurigakan.

"Saya sedang menonton televisyen ketika itu tiba-tiba Jihan menjerit dan meminta saya ke tandas. Ingatkan ada lipas atau cicak.

"Rupa-rupanya dia mahu tunjukkan saya keputusan ujian kehamilan di tepi sinki.

"Reaksi saya ketika itu terkesima sebenarnya. Kami tidak terkinja-kinja suka atau menangis terharu sebab saya ingatkan dia cuba prank saya.

"Rupa-rupanya kejutan itu lebih besar daripada lipas," katanya yang ditemui pada majlis sambutan hari jadi sahabat karibnya, Mark Adam di De Laman, Bukit Jelutong, Selangor baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK: Bangkit Daripada Perceraian, Kini Farah Lee Cekal Harungi Hidup & Bergelar Usahawan Muslimah

loading...

Ungku Hariz, 32, mengakui tanggungjawab bergelar bapa memang berat namun dia mendapatkan nasihat daripada keluarga dan kenalan rapatnya yang sudah berkeluarga pada usia muda.

"Tak terfikir pun untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa tetapi sebenarnya seperkara yang saya belajar, kita tidak akan pernah bersedia selagi tidak melaluinya," tambah Ungku Hariz.

Sementara itu, dedah Ungku Hariz baik dia mahupun Jihan, mereka tidak mengalami alahan teruk ketika awal kandungan.

"Syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh awal kandungan Jihan semuanya dipermudahkan. Jihan tidak mengalami alahan teruk atau mengidam yang bukan-bukan," katanya.

Jihan kini sedang hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada awal tahun 2018.

Ungku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli telah mendirikan rumah tangga dengan pengacara televisyen dan pelawak terkenal Jihan Muse pada 20 Mac 2016.

Sumber: Astro Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post