Dengan Bajet Sebanyak RM316, Lelaki Ini Berjaya Menghasilkan Sebuah Tab Mandi Yang Elegan Untuk Rumah Barunya

Dengan Bajet Sebanyak RM316, Lelaki Ini Berjaya Menghasilkan Sebuah Tab Mandi Yang Elegan Untuk Rumah Barunya

Selepas proses pembinaan rumah barunya selesai, lelaki ini mendapati peruntukan untuk hiasan dalaman rumahnya agak terhad.

Dengan Bajet Sebanyak RM316, Lelaki Ini Berjaya Menghasilkan Sebuah Tab Mandi Yang Elegan Untuk Rumah Barunya
Dengan Bajet Sebanyak RM316, Lelaki Ini Berjaya Menghasilkan Sebuah Tab Mandi Yang Elegan Untuk Rumah Barunya

Setelah berhabis wang dalam membina rumah idaman, bajet untuk membeli perkakasan rumah serta perabot yang sememangnya agak mahal menjadi kecil. Justeru, dia memutuskan untuk membina sendiri tab mandi bagi mengurangkan kos.

Pada awalnya, dia sendiri meragui tab mandi yang bakal dibinanya namun dia tetap dengan keputusannya untuk membina sendiri tab mandi berdasarkan teknik asas yang dimiliki. Hasilnya, semua orang termasuk isteri dan jiran tetangga amat terkejut setelah melihat tab mandi tersebut.

Ianya bersinar, mempunyai gaya mewah dan sangat menakjubkan! Lelaki ini turut kongsikan proses membuat tab mandi tersebut menerusi akaun media sosialnya.

ARTIKEL MENARIK: Cara Rebus Telur Supaya Senang Dikupas, Licin & Cantik, Mungkin Ramai Lagi Kaum Ibu Yang Belum Tahu

loading...

Ternyata, ramai netizen yang memuji hasil kerja lelaki tersebut.


#1 Membina rangka tab mandi

1.jpg

Dengan menggunakan batu bata, simen dan beberapa lagi bahan asas dalam pembinaan, lelaki ini telah membina kerangka asas berbentuk tiub.

Bagi menjimatkan ruang dan penggunaan bahan, dia telah memutuskan untuk membina tab mandi tersebut berdekatan dengan dinding.

#2 Membentuk tab mandi dengan simen

2.jpg

Langkah ini perlu dibuat dengan penuh ketelitian supaya ia tidak bocor. Anda juga perlu memasukkan paip air dan membina tempat saliran air keluar.

#3 Meletakkan batu dan jubin

3.jpg

Batuan seperti ini amat baik untuk kesihatan. Jadi, lelaki ini telah menurap batu-batu tersebut di dalam tab mandinya. Nampak sangat elegan bukan?

Dengan peruntukan hanya sebanyak RM316, lelaki ini telah berjaya menghasilkan sebuah tab mandi yang sangat cantik dan selesa untuk rumah barunya. Malah, dia turut menjadi terkenal dalam kawasan kejiranannya kerana mampu membina hasil kerja yang sangat mengagumkan.

Saya terpesona, bagaimana pula dengan anda? Luahkan pendapat anda mengenai hasil kerja lelaki ini di ruangan komen.

Terima kasih!

Sumber: Era Baru

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post