'Bukan Menunjuk, Sekadar Berkongsi Rasa Terharu Dan Gembira' - Amyra

'Bukan Menunjuk, Sekadar Berkongsi Rasa Terharu Dan Gembira' - Amyra

Heboh di media sosial semalam mengenai pelakon Amyra Rosli, 26, memuat naik gambar kunci kereta Honda di akaun Instagramnya, hadiah dari suaminya, Amar Baharin, 32. Gambar 'wireless key' yang dipegang tangan anaknya disertakan dengan kapsyen;

'Bukan Menunjuk, Sekadar Berkongsi Rasa Terharu Dan Gembira' - Amyra
'Bukan Menunjuk, Sekadar Berkongsi Rasa Terharu Dan Gembira' - Amyra

"Dear daddy, you are the sweetest person we have ever met. We are very lucky to have someone like you in our life. Alhamdulillah. Thanks for this gift and for all the special things you do. We love you Amar Baharin," tulisnya.


Sementara itu di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi sehingga ada yang menyarankan Amyra beranak setiap tahun agar dapat kereta berderet-deret.

ARTIKEL MENARIK: Bekas Isteri Along (Cham), Zila Seeron Bertudung Semula

loading...


1.jpg

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen yang mendakwa Amyra terlalu menunjuk-nunjuk dengan pemberian suaminya itu sehingga ada yang berasa kurang senang dengannya.

1.jpg

2.jpg

3.jpg

Bagaimanapun dalam laporan Harian Metro semalam, Amyra menafikan dakwaan itu dan dia hanya sekadar berkongsi kegembiraan dan gambar itu dijadikan sebagai memori keluarganya sahaja.

"Saya sekadar berkongsi dan bukan niat untuk menunjuk. Ia bukan untuk umumkan saya dapat kereta tetapi lebih kepada album gambar dan untuk memori," katanya.

Menurut Amyra, kereta itu adalah sebagai hadiah penghargaan kerana hamil sembilan bulan dan melahirkan putera sulung mereka. Malah dia langsung tidak tahu bagaimana urusan dokumentasi itu dilakukan dan terkejut mendapat hadiah kereta itu di tempat letak kereta kediaman mereka ketika pulang dari hospital, empat hari selapas melahirkan anak.

"Saya langsung tidak dapat bau yang dia sedang melakukan sesuatu untuk memberikan kejutan. Saya tidak tahu bila masa dia uruskan semua. Bukan mudah untuk keluarkan kereta apatah lagi ia memerlukan dokumen tertentu.

"Saya terharu dan gembira menerima hadiah itu. Dia sebenarnya tidak perlu belikan saya hadiah tetapi Amar bimbangkan keselamatan saya dan anak apabila perlu berjalan berdua.

"Dia banyak membaca dan memberitahu kerusi bayi terkini tidak sesuai dipasang pada kereta lama. Aspek keselamatan sudah ditingkatkan sesuai dengan perincian kereta terkini," katanya.

Selain itu, Amyra sangat bersyukur mempunyai seorang suami yang sanggup mengorbankan masa tidurnya demi menjaga bayi mereka yang baru berusia seminggu.

"Amar banyak membaca artikel yang membabitkan bayi terutamanya bayi tersedak susu. Sebab itulah apabila saya tidur, dia akan berjaga sampai pagi. Apabila saya dan mama sudah bangun, barulah dia tidur. Saya bersyukur mempunyai suami seperti Amar," katanya.

Sumber: The Reporter


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post