Biadab! Aktivis Bersih Mahu Hapus Mahkamah Syariah

Biadab! Aktivis Bersih Mahu Hapus Mahkamah Syariah

KLANG – Mahkamah syariah perlu segera dihapuskan! Demikian luahan biadab kata-kata aktivis propembangkang yang juga mantan Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Hassan.

Biadab! Aktivis Bersih Mahu Hapus Mahkamah Syariah
Biadab! Aktivis Bersih Mahu Hapus Mahkamah Syariah

“Semua mahkamah syariah perlu dihapuskan. Majlis Agama Islam hanya mengurus masjid, urusan perkahwinan dan mengedarkan zakat,” dakwa bekas pemimpin gerakan tidak berdaftar dan sering anjur himpunan haram itu.

Sarajun Hoda turut menambah bahawa, hukum syariah konon adalah undang-undang ciptaan manusia sendiri dan tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan Allah SWT ataupun bersumberkan dalil nas al-Quran.

Justeru ujarnya dalam nada berbaur agak kurang ajar, adalah lebih baik sekiranya undang-undang syariah atau mahkamah syariah yang kini di bawah kuasa pihak berkuasa agama negeri; dihapuskan terus di Malaysia.

ARTIKEL MENARIK: TMJ Dan Che Puan Khaleeda Sambut Pewaris Takhta Kesultanan Johor

loading...

Ketika mengulas artikel akhbar The Star berkenaan keprihatinan Raja-Raja Melayu berkaitan perpaduan negara, Sarojan Huda turut menyatakan pendapat bahawa institusi diraja tidak cukup sekadar berkata-kata sahaja.



Sebaliknya ujar beliau lagi, tindakan perlu diambil ke atas perkara-perkara yang sedang berlaku dalam negara ini termasuk usaha untuk menghapuskan undang-undang syariah daripada sistem perundangan Malaysia.

Sorajun Hoda mendakwa konon enakmen undang-undang syariah yang terletak di bawah bidang kuasa sultan-sultan dan raja Melayu di setiap negeri sehingga sekarang sebenarnya diwujudkan oleh pihak penjajah British.

Pihak kolonial Inggeris tersebut sebelum negara mencapai kemerdekaan menghormati hak keistimewaan sultan dengan konon tidak buat sebarang cadangan atau campur tangan dalam urusan hal ehwal Islam dalam negeri.

Cadangan penghapusan undang-undang syariah seperti mana yang mahu dicadangkan oleh Sorajun Hoda ini turut membabitkan pelupusan kuasa eksklusif sultan sendiri sebagai ketua agama Islam dalam negeri masing-masing.

Untuk rekod, selain menjadi nadi penggerak Bersih, beliau mendakwa merupakan antara pengasas Jemaah al-Qur’an Malaysia bersama aktivis anti-Hadis, Kassim Ahmad yang baru meninggal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video aksi biadab peserta himpunan haram Bersih

Sumber - http://www.mynewshub.cc

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post