Berpisah Juga Di Hujung Jalan, Hafiz Hamidun & Joy Revfa Sah Bercerai Talak Satu

Berpisah Juga Di Hujung Jalan, Hafiz Hamidun & Joy Revfa Sah Bercerai Talak Satu

SELEPAS dilanda pelbagai kontroversi rumah tangga, penyanyi Hafiz Hamidun, 33, dan usahawan kosmetik Siti Arifah Mohd Amin, 30,atau Joy Revfa akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, hari ini.

Berpisah Juga Di Hujung Jalan, Hafiz Hamidun & Joy Revfa Sah Bercerai Talak Satu
Berpisah Juga Di Hujung Jalan, Hafiz Hamidun & Joy Revfa Sah Bercerai Talak Satu

Lafaz cerai itu diucapkan Hafiz terhadap Joy di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof, pada jam 4.10 petang tadi.

Hafiz selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shukran berkata berlaku perceraian dengan talak satu Bain Sughra dan memerintahkan Joy tidak perlu menjalani tempoh edah kerana pasangan terbabit tidak pernah mengadakan hubungan kelamin.


"Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan," katanya ketika prosiding dijalankan.

ARTIKEL MENARIK: Kamal Adli, thanks again buat I jadi ‘badut’ dan libatkan I dalam masalah hubungan korang – Zahirah MacWilson

loading...

Pada Ogos lalu, perkahwinan kedua-dua mereka menjadi konflik apabila mereka tidak tinggal sebumbung selain berbalas komen di laman Instagram masing-masing.

Pasangan yang bernikah pada 1 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam itu turut didakwa tidak pernah dilihat bersama dalam sebarang majlis membabitkan mereka.

Pada 12 Oktober lalu, Hafiz yang diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan cerai di mahkamah ini.

Tidak wujud persefahaman antara mereka antara alasan diberikan Hafiz selain mendakwa Joy Revfa sering mengaibkannya di media sosial serta mendakwa wanita itu melawan dan mengingkari segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhkan imej juga reputasinya.

Sumber: HMetro


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post