Bekas timbalan KP JPJ didenda RM2,000 pandu lorong kecemasan

Bekas timbalan KP JPJ didenda RM2,000 pandu lorong kecemasan

PUTRAJAYA, 26 Muharram 1439H, Isnin – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda maksimum RM2,000 terhadap bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob.

Bekas timbalan KP JPJ didenda RM2,000 pandu lorong kecemasan
Bekas timbalan KP JPJ didenda RM2,000 pandu lorong kecemasan

Hakim Muhammad Zaki Abd Kudos memutuskan Yusoff bersalah memandu di lorong kecemasan, tahun lalu.

Katanya, denda maksimum RM2,000 dikenakan terhadap Yusoff, dan dia perlu dipenjara 4 bulan jika gagal membayar denda itu.

ARTIKEL MENARIK: Ibu Tembak Mati Bakal Menantu Selepas Tahu Anak Hamil Luar Nikah

loading...

Yusoff disabitkan bersalah mengikut Seksyen 119 (1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan didenda di bawah Seksyen 119 (2) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum 6 bulan.

Dia didakwa memandu di lorong kecemasan menggunakan kereta bernombor pendaftaran BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya pada jam 6.27 petang, 7 Oktober 2016.

Sumber : http://www.ismaweb.net

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post