Bajet 2018 Semua Memihak Kepada Penjawat Awam

Bajet 2018 Semua Memihak Kepada Penjawat Awam

KUALA LUMPUR: Khabar gembira kepada penjawat awam.

Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada golongan itu bermula tahun hadapan dengan bayaran kali pertama iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bajet 2018 Semua Memihak Kepada Penjawat Awam
Bajet 2018 Semua Memihak Kepada Penjawat Awam

“Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018, dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain bayaran khas itu, Najib turut mengumumkan 12 lagi ‘khabar gembira’ bagi menghargai sumbangan para penjawat awam, iaitu:

ARTIKEL MENARIK: 3 Puteri Diraja Ini Sebenarnya Anak Kepada Pelakon Veteran Terkenal

loading...

1) Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama;

2) Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan, akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umurpersaraan wajib;

3) Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan;

4) Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun;

5) Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah;

6) Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang;

7) Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi;

8) Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam.

9) Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun;

10) Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house;

11) Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50 ribu pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan

12) Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.

Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post