Ayah Kena Bunuh. Pergorbanan Seorang Abang Umur 7 Tahun Bawa Adik Lari Dari Kekejaman Militan Budhha Buat Ramai SEBAK !!!

Ayah Kena Bunuh. Pergorbanan Seorang Abang Umur 7 Tahun Bawa Adik Lari Dari Kekejaman Militan Budhha Buat Ramai SEBAK !!!

Krisis umat Islam Rohingya semakin menjadi-jadi. Kini berlaku pergerakan beramai-ramai untuk keluar dari negara tersebut melalui sempadan Bangladesh.

Ayah Kena Bunuh. Pergorbanan Seorang Abang Umur 7 Tahun Bawa Adik Lari Dari Kekejaman Militan Budhha Buat Ramai SEBAK !!!
Ayah Kena Bunuh. Pergorbanan Seorang Abang Umur 7 Tahun Bawa Adik Lari Dari Kekejaman Militan Budhha Buat Ramai SEBAK !!!

RAKHINE, 26 Muharram 1439H, Isnin – Biarpun sukar, etnik muslim Rohingya meneruskan perjalanan mereka dari wilayah Arakan di barat Myanmar ke negara jiran Bangladesh, semata-mata untuk melarikan diri daripada kekejaman tentera rejim Myanmar dan militan Buddha.

Tidak ketinggalan Yasser Hussein yang baru berusia tujuh tahun.

Menggalas adik lelakinya, mereka bersama ribuan lagi etnik muslim Rohingya, tanpa kasut mengalas kaki, menuju ke sempadan Bangladesh dengan melalui rupa bumi yang berlumpur dan kasar, meredah hutan belantara demi keselamatan nyawa.

“Ayah kami entah ke mana hilang. Kami juga hilang rumah yang diduduki bertahun-tahun, dua minggu lalu,” kata Yasser sambil menambah dia amat menderita ketika menggalas adiknya dalam perjalanan itu.

ARTIKEL MENARIK: Sheikh Ahmad Yasin Ramal Bakal Zionis “HANCUR” Pada 2027 Buat Ramai TERGAMAM !!!

loading...

Ibunya, Fayrouz Begum berkata, askar rejim Myanmar menyerbu rumah mereka di Rathidong selepas senja dua minggu lalu dan membunuh suaminya.

Mereka bersama puluhan lagi pelarian menempuh perjalanan selama enam hari sebelum tiba di Sungai Naf, sempadan antara Myanmar dan Bangladesh.

Mereka makan apa sahaja yang ditemukan ketika dalam perjalanan dan hanya berehat seketika sahaja.

Difahamkan, sejak 11 Oktober lalu, askar rejim Myanmar tidak lagi membenarkan mana-mana bot untuk mendekati Sungai Naf bagi mengangkut entik muslim Rohingya ke Bangladesh.

Askar rejim dan militan Buddha ditempatkan di dalam hutan sekitar kawasan itu dan akan menembak mana-mana muslim Rohingya yang cuba melintasi sempadan ke Bangladesh.

Menyeberangi Sungai Naf, sesetengah pelarian Rohingya menggunakan botol plastik kosong untuk mengelak mereka tenggelam. Namun, masih ada yang lemas dalam meredah sungai itu.

Sejak 25 Ogos lalu, askar rejim Myanmar dan militan Buddha telah melakukan jenayah, menyerang dan dengan kejam membunuh etnik minoriti Rohingya. Mereka membunuh beribu-ribu orang tanpa mengira kecil atau besar, kata aktivis.

Sejak tarikh itu juga, kira-kira 519,000 etnik muslim Rohingya melarikan diri dari Arakan ke Bangladesh, kata jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephan Dujarric. – Agensi

Sumber : isma.web & Era Barus


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post