Setiap manusia pasti tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Baik orang biasa, orang kenamaan mahupun selebriti tidak akan terkecuali.
6 Selebriti Ini Pernah Ditangkap Atas Tuduhan Jenayah Atas Tuduhan Jenayah No 4 Tu Memang Tak Sangka!... |
Namun begitu,ingin kami imbas kembali mengenai beberapa selebriti yang pernah ditangkap atas pelbagai kes jenayah.
ARTIKEL MENARIK: EMMA DAN KAMAL Sudah Berbaik? Peminat Mendoakan Mereka Berkahwin
loading...
1. Mona Fandey
Buat anda yang tidak tahu, Mona Fandeymerupakan seorang penyanyi sebelum menjadi penjenayah yang paling digeruni suatu ketika dahulu. Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail dihukum gantung sampai mati pada 2001 atas kesalahan membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, Mazlan Idris.
Mona bersama – sama suaminya Affandy Rahman dan pembantu mereka Juraimi memancung kepala mangsa dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey.
2. Benjy
Benjy yang popular menerusi drama Kerana Cintaku Saerah dikenakan hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan atas kesalahan menyeludup dadah ke negara berkenaan awal tahun ini. Benjy yang juga anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawatysebelum ini pernah ditangkap atas kesalahan yang sama.
3. Saiful Apek
Saiful Apek didapati bersalah bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010. Malah beliau dan rakannya yang juga pelawak, Yasin turut ditahan atas kesalahan yang sama. Walaubagaimanapun, kedua – dua mereka sudah insaf dan kini bergiat aktif kembali mewarnai industri hiburan tanah air.
4. Zarina Anjoulie
Rasanya pelakon yang popular menerusi drama Anak Pontiana kini sudah tidak aktif lagi dalam dunia seni. Terdahulu,Zarina pernah ditahan polis kerana memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6gram. Zarina kini tampil dengan bertudung penuh dan selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada tahun lepas
5. Ameng
Finalis Gegar Vaganza musim ketiga ini pernah melalui detik hitam apabila pernah meringkuk di dalam penjara selama 8 tahun dan 14 kali sebatan kerana didapati bersalah atas memiliki dan menagih dadah suatu ketika dahulu.
6. Boy Iman
Pelakon dan pengarah, Boy Imanmengejutkan ramai pihak kerana didakwa menipu melibatkan kes perumahan mampu milik. Sebanyak lebih dari 200 laporan polis telah dilaporkan mengenai beliau dan Boy Iman turut ditahan reman polis sebanyak 6 kali bagi siasatan lanjut
Sumber - CantikSikit.com.
Post a Comment