3 Suspek Di Reman : Kes 2 Mangsa TLDM Di Bunuh !!! Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!!

3 Suspek Di Reman : Kes 2 Mangsa TLDM Di Bunuh !!! Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!!

SERI MANJUNG – Tiga suspek kes bunuh dua Laskar Kelas 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit, Stesen Komunikasi TLDM di Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Oktober.

3 Suspek Di Reman : Kes 2 Mangsa TLDM Di Bunuh !!! Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!!
3 Suspek Di Reman : Kes 2 Mangsa TLDM Di Bunuh !!! Puncanya Buat Ramai TERKEJUT !!!

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan penahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Terdahulu, ketiga-tiga lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun yang memakai baju lokap jingga itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki lori polis pada pukul 8.45 pagi sebelum dibawa keluar sejam kemudian.

Ketiga-tiga suspek yang juga anggota TLDM itu direman bagi membantu siasatan berhubung kematian Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuiman Mohd. Sukri, 26, selepas kedua-duanya meninggal dunia ketika menjalani latihan semasa ditahan di bilik tahanan unit stesen tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Mak MAUT Ditikam Depan Anak 4 Tahun. Hasil Siasatan Awal Polis Mendapati…

loading...

Hasil bedah siasat pada pukul 11.30 malam tadi mendapati kedua-dua mereka meninggal dunia disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Sehubungan itu, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Sumber : Kosmo & MY BERITA TULAR

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post