Video: Tonton video lucah dengan kuat hingga ganggu ketenteraman penumpang lain, lelaki dihalau keluar dari bas

Video: Tonton video lucah dengan kuat hingga ganggu ketenteraman penumpang lain, lelaki dihalau keluar dari bas

SEORANG lelaki dihalau keluar dari sebuah bas apabila dia telah mengganggu ketenteraman penumpang lain apabila leka menonton video lucah menerusi telefonnya dengan nada bunyi kuat.

Video: Tonton video lucah dengan kuat hingga ganggu ketenteraman penumpang lain, lelaki dihalau keluar dari bas
Video: Tonton video lucah dengan kuat hingga ganggu ketenteraman penumpang lain, lelaki dihalau keluar dari bas

Insiden ini dilaporkan berlaku di dalam bas bernombor 37 di Bangkok, Thailand beberapa hari lalu.

Lelaki itu telah menonton video berkenaan dengan volume yang kuat sehingga mengganggu penumpang-penumpang yang berada di bahagian tempat duduk belakang bas itu.

Penumpang-penumpang yang berada berhampiran dengan lelaki itu pada mulanya merasakan ada sesuatu yang tidak kena selepas menyedari ada bunyi pelik yang keluar dari gajet berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:  "PruBSN Sampah!" - Luahan Pelanggan Teraniaya

loading...

Lebih memeranjatkan lagi, lelaki yang berkemeja putih dan bercermin mata hitam ini juga telah mengajak penumpang wanita yang duduk di sebelahnya untuk menonton video berkenaan bersama-sama.

Dah kenapa siap ajak orang lain tengok sekali? Tu dah kira sexual harrasment lah kan?

Wanita itu bagaimanapun menolak pelawaan lelaki tersebut menyebabkan pergaduhan antara mereka tercetus.

Pergaduhan itu disedari pemandu bas berkenaan sebelum dia memberhentikan kenderaan tersebut dekat sebuah pondok polis di bulatan Wongwian Yai untuk meminta tolong daripada pihak berkuasa.

Akibat campur tangan beberapa orang anggota polis trafik, lelaki itu keluar dari bas sebelum memberontak mengatakan yang pihak polis berkenaan telah melanggar hak peribadinya.

Langgar hak peribadi? Habis dia dah kacau ketenteraman orang tu macam mana pula?

Lelaki itu turun dari bas diiringi tepukan dan sorakan penumpang bas bernombor 37 itu.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya dikenakan amaran keras ekoran tindakannya itu dan tidak didakwa di mahkamah.

ah.




Sumber: MYNEWSHUB.CC




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post