KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu jumpa suspek. Tak perlu untuk berjumpa mereka atau keluarga mereka.”
“Ustaz Nak Jumpa Suspek Tak?”. Ini Jawapan BALAS Pengetua Pusat Tahfiz Yg Buat Ramai SETUJU !!! |
Itu reaksi Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood ketika ditanya sama ada beliau ada hasrat berjumpa dengan tujuh remaja yang kini ditahan polis kerana membakar pusat tahfiz berkenaan sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua wardennya.
ARTIKEL MENARIK: Ibu Mimpi Sekujur Tubuh Budak Rentung Kebakaran. Rupa²nya Itu Anak Aku…….
loading...
“Tak perlulah jumpa mereka. Bukan berdendam. Saya maafkan mereka semua, seperti saya sentiasa memaafkan pelajar saya.
“Kita manusia harus saling memaafkan. Saya tak nak fikir panjang benda yang sudah jadi.
“Apa yang penting sekarang adalah untuk pulihkan semuanya, semangat anak-anak pelajar ini dan bagaimana kita nak bergerak ke depan. Saya maafkan mereka,” katanya.
Kata Mohd Zahid, apa yang dilakukan suspek, yang juga remaja berusia antara 11 tahun dan 18 tahun itu sudah ‘tertulis’.
“Mereka hanya penyebab berlakunya perkara ini kerana jika boleh diputarkan waktu, saya yakin mereka (suspek) juga tidak mahu perkara ini terjadi… saya sendiri juga tidak mahu perkara sebegini berlaku.
“Tetapi perkara ini sudah ‘tertulis’.. saya anggap ini adalah ujian Allah kepada saya serta ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan pusat tahfiz berkenaan, semalam.
Mengakui tidak menerima kunjungan daripada keluarga suspek, Mohd Zahid berkata, ujian yang dihadapi ketika ini amat berat, namun beliau percaya Allah hanya menurunkan ujian kepada hamba-Nya yang mampu menghadapinya.
“Kejadian ini memberi kesan yang amat besar kepada saya sendiri. Ada ketika pada awal kejadian, saya sampai berasa seperti tidak mahu lagi menguruskan pusat tahfiz.
Tetapi, inilah ujian Allah. Saya perlu kuatkan diri.
“Tumpuan saya sekarang adalah melihat ke depan…semangat semua, terutama anak-anak di sini perlu dipulihkan,” katanya sambil menambah pusat tahfiz itu tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran kepada pelajarnya.
Beliau berkata, di sebalik kedukaan yang dialami semua pihak, termasuk orang ramai yang bersimpati dengan tragedi itu, ia mempunyai hikmahnya sendiri.
“Ia seperti ‘lilin membakar diri’. Satu kejadian yang insya-Allah memberi manfaat kepada banyak pihak.
“Kejadian ini membuka mata ramai pihak mengenai kebajikan pusat tahfiz di negara ini,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM30 juta untuk mengemas kini maahad tahfiz secara fizikal.
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan memberi khidmat pemeriksaan dan pembaikan sistem pendawaian secara percuma kepada pusat tahfiz di seluruh negara.
Sumber : Berita Harian
Post a Comment