Apalah gunanya ruangan komen di laman sosial jika tidak digunakan sebaiknya oleh warga laman sosial untuk melemparkan kecaman dan menghukum serta saling mengkafirkan orang lain.
Terlampau Seksi, Alicia Amin Dituduh Kafir – Bila Hati Telah Hitam |
Itulah yang terjadi di ruangan komen laman Instagram Alicia Amin yang juga merupakan perserta Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima.
ARTIKEL MENARIK: Reaksi Dato Seri Vida Selepas Tahu Cik B Dah Pandai Hisap Vape
loading...
Alicia Amin atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin yang berusia 22 tahun mula mendapat perhatian warga laman sosial apabila gambar bogelnya menggayakan pakaian dalam tersebar. Malah perkongsian gambar daring di Instagram juga turut mengundang rasa tidak puas hati sesetengah lapisan masyarakat.
Selain turut membintangi drama Melayu bersama Mira Filzah dan Aliff Aziz, nama Alicia Amin turut melonjak naik baru-baru ini di atas kenyataannya yang menyelar segelintir Melayu yang tidak boleh menerima aksinya berbogel yang dilakukannya di atas nama fesyen.
Sementara itu, ada juga yang mempertikaikan status agama Alicia selain mempersoalkan tatu yang jelas terlihat di dalam beberapa gambar lain yang dimuatnaik di tubuh model dan pelakon baru ini.
Makin dibaca komen, makin takut pun ada kerana pengguna laman sosial meninggalkan komen bagi tiada hari esok untuk Alicia. Namun malangnya, Alicia sendiri menjelaskan bahawa dia tidak akan membaca komen negatif agar tidak terkesan dengan perkara tersebut.
Bak kata Fattah Amin, doakan yang baik-baik saja.
Sumber: ROTIKAYA
Post a Comment