KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.
“Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik” – Fazura terima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu dari Fattah Amin |
Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
“Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.
“Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya,” kata Fazura.
ARTIKEL MENARIK: Lari Trend Nama Anak Sampai Empat Patah Perkataan, Peminat Puji Hafidz Roshdi Namakan Anak Humairah
loading...
Bintang J Revolusi itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikannya, TruDolly dan sambutan ulang tahun kelahirannya, yang diadakan di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu meraikan ulang tahun hari lahirnya, pertengahan bulan ini.
Diusik dengan pertanyaan apakah beliau insan paling istimewa di mata Fattah apabila menerima hadiah romantik seperti itu, yang belum pernah diberikan pemuda terbabit kepada mana-mana wanita lain, bintang jelita terbabit tertawa kecil sambil berkata: “Mungkin.”
Pada majlis itu, penyanyi lagu Bisa Apa ini turut berkongsi rahsia kejelitaannya dengan memperkenalkan dua produk berbentuk pil, Beauty Booster dan Detox Pro, yang dikatakan mampu mencerahkan serta meremajakan kulit, khusus untuk wanita dan lelaki.
Sumber: Bharian
Post a Comment