Tak Dapat Terima Teguran, Siti Kasim Gelarkan Ketua Wanita Pas Dungu

Tak Dapat Terima Teguran, Siti Kasim Gelarkan Ketua Wanita Pas Dungu

PETALING JAYA: Peguam Siti Kasim membidas Wanita PAS kerana tidak memeriksa fakta sebenar berhubung catatannya mengenai upacara korban Aidiladha sebelum menyerangnya.

Tak Dapat Terima Teguran, Siti Kasim Gelarkan Ketua Wanita Pas Dungu
Tak Dapat Terima Teguran, Siti Kasim Gelarkan Ketua Wanita Pas Dungu

Beliau berkata demikian selepas Ketua Wanita PAS Kedah Siti Ashah Ghazali menggesa Siti Kasim “jangan mengeluarkan kenyataan mengheret kesesatan kepada orang lain” kalau pun tidak mempercayai Al-Quran.

Siti Ashah berkata demikian dalam laporan Harakahdaily hari ini, yang mendakwa peguam itu menganggap ibadat korban bukan dari Al-Quran dan boleh merosakkan alam sekitar.

“Ahli PAS yang dungu biasa membuat komen tanpa memeriksa fakta sebenar,” kata Siti Kasim dalam kenyataan hari ini.


ARTIKEL MENARIK: “Korban Binatang Perbuatan Tak Bermoral”. Kata² Siti Kasim Ini Buat Ramai Umat Islam BENGANG !!!

loading...

“Mereka bergantung kepada laporan laman web Menara.my yang diketahui memutar cerita orang-orang yang tidak selaras dengan kepercayaan mereka. Catatan saya terbuka kepada umum dan mereka dialu-alukan untuk membaca catatan itu.

“Meskipun begitu, saya tidak terkejut kerana mungkin mereka gagal memahami maksud sebenar catatan itu kerana mereka terlalu bodoh.”

Siti Kasim dalam catatan Facebook 1 September lalu menyentuh mengenai ribuan haiwan yang disembelih atas nama Tuhan sempena Aidiladha dan berkata korban bukan salah satu rukum Islam.

Beliau berkata Quran tidak menyatakan Tuhan memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.

Menjawab perkara itu, Siti Ashah dilaporkan berkata Siti Kasim mempamerkan kejahilan sendiri dan membawa kerosakan aqidah. Katanya lagi, Siti Kasim celupar, biadap dan menghina nabi dengan memberi gambaran nabi seorang pembohong.

“Sirah Nabi Ibrahim yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan cerita rekaan, malah ia dirakamkan oleh Allah Taala dalam Al-Quran,” kata Siti Ashah lapor Harakahdaily.

Siti Kasim dalam catatan itu juga berkata Al-Quran tidak pernah menuntut orang Islam mengorbankan nyawa makhluk lain kerana pengorbanan sebenar ialah menundukkan ego dan menyerah kepada Tuhan.

“Implikasi yang mendasari sikap Islam terhadap acara korban bukanlah penebusan atau mencari keredhaan melalui kematian makhluk lain, tetapi untuk berterima kasih kepada Tuhan di atas rezeki itu dan pengorbanan peribadi melalui perkongsian harta benda dan makanan berharga dengan sesama manusia,” kata Siti Kasim.

Beliau berkata isu mengorbankan haiwan mempunyai konteks dan kewajaran dalam realiti masyarakat yang memerlukan daging untuk terus hidup dalam iklim dan budaya makan tertentu.

“Tetapi bagi kita yang hidup dalam dunia moden, kita harus mempersoalkan dengan serius amalan yang bukan sahaja telah hilang maknanya (dalam keadaan kita sekarang), tetapi juga menyumbang kepada pertumpahan darah yang tidak diperlukan dan kemusnahan alam sekitar,” kata Siti Kasim.

Beliau berkata bagi mereka yang perlukan daging untuk terus hidup, biarlah penyembelihan haiwan dilakukan dengan rendah diri dan menghormati nyawa yang terpaksa diambil, “dengan menunjukkan belas kasihan dan perikemanusiaan dalam keadaan yang dikesali itu”.

“Bagaimanapun, bagi kita yang tidak perlu lagi membunuh untuk terus hidup, marilah kita tidak lagi berbuat demikian semata-mata untuk memuaskan keinginan yang rakus yang terhasil daripada nafsu.

Sumber: FMT


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post